Waktu tidur anak merupakan aspek penting dalam perkembangan mereka kerana ia boleh membantu tubuh dan minda mereka berkembang dengan sihat.
Jadual tidur yang konsisten bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, tetapi juga membantu meningkatkan mood, daya tumpuan, dan pembelajaran anak.
Baca juga: Cabaran Paling Biasa Bila Ajar Anak Minta Maaf, Tak Senang Tapi Kena Cuba
WAKTU TIDUR ANAK PALING IDEAL, JANGAN TIDUR LAMBAT
Menerusi perkongsian Mohd Fhais Salim di laman Facebooknya, tindakan anak tidur lambat tetapi bangun cepat adalah tidak bagus kerana ia boleh mengganggu otak.
“Tidur lambat tapi bangun cepat ini sebenarnya kurang baik untuk anak-anak. Jika tak cukup 7-8 jam sehari tidur yang berkualiti otak jadi lemau, memori lemah dan susah faham pelajaran nanti,” jelasnya.
Jadi, bagi memastikan waktu tidur anak mencukupi, terdapat tiga perkara yang ibu ayah di luar sana boleh lakukan. Antaranya adalah:
1. Waktu tidur paling ideal adalah 9 – 10pm. Hal ini kerana waktu tersebut senang untuk membuatkan diri anak memasuki fasa deep sleep atau tidur tena. Selewat-lewatnya adalah jam 11ppm, jangan terlajak!
2. Boleh latih anak bangun seawal 6-7am setiap hari. Ini waktu terbaik untuk mereka menunaikan solat dan bersiap ke sekolah.
3. Ajar anak juga jika ada masa atau peluang, tidur sekejap di tengah hari selama 30min – 1 jam agar minda kekal cerdas.
Mohd Fhais Salim turut menasihati agar ibu ayah memastikan anak 6 tahun ke bawah supaya ada nap time sehari sekurangnya 30 minit. Jangan biarkan mereka leka dengan gajet atau mainan di rumah.
Kesimpulannya, waktu tidur anak yang mencukupi perlu diutamakan agar si kecil tidur ‘lemau’ sepanjang hari. Semoga perkongsian ini memberi manfaat!
Baca juga: Kalau Nak Anak Dapat Semua A, Kena Bagi 5 Makanan Ini Sepanjang SPM
Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim