Asuh

Jangan Sesekali Bawa Anak Kecil Pergi Melawat Pesakit Di Hospital, Bahaya!

1
SHARES
MELAWAT PESAKIT DI HOSPITAL

Apabila melawat pesakit di hospital, ibu ayah disarankan untuk tidak membawa kanak-kanak. Hal ini kerana menerusi perkongsian di Facebook rasmi milik Public Health Malaysia, mereka lebih berisiko untuk mendapatkan jangkitan lain.

Pelbagai jenis penyakit dan kuman yang ada di hospital di mana ia boleh mengganggu kesihatan si kecil. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Tak Sangka! Sikap Ibu Garang Tak Kena Tempat Jadi Punca Anak Degil & Kurang Ajar

MELAWAT PESAKIT DI HOSPITAL, ELAKKAN BAWA KANAK-KANAK

MELAWAT PESAKIT DI HOSPITAL

“Kenapa tak boleh bawa anak? Anak saya seorang siapa nak jaga di rumah” 

Seorang pesakit yang terlantar sekian lama, di label “MRSA”, yang membawa maksud – kuman yang tidak boleh dirawat dengan pelbagai jenis antibiotik.

Satu pesakit yang diletakkan di katil belakang wad merupakan pesakit TB yang rintang dengan ubat anti TB. Bayangkan dengan persekitaran sebegini, anak anda berlari lari, menyentuh barangan yang tercemar dan masukkan tangan ke mulut.

Sekiranya anda bercadang untuk membawa anak anak kecil ke hospital untuk melawat pesakit, fikirkan semula. Hospital merupakan tempat rawatan untuk pesakit dengan pelbagai jenis penyakit. Anda tidak tahu apa kuman yang ada di persekitaran hospital.

Antara sebab lain kanak-kanak tidak digalakkan ke hospital adalah:

  • Ketahanan badan kanak kanak lebih rendah
  • Hospital dipenuhi dengan pesakit dengan pelbagai masalah kesihatan
  • Kanak kanak berisiko untuk mendapat pelbagai jenis jangkitan
  • Mungkin menggangu pesakit lain

Sekiranya anda sendiri melawat pesakit ke hospital, pastikan tangan dicuci sebelum meninggalkan hospital. Mandi dan basuh pakaian sebaik sahaja tiba di rumah.

Baca juga: Si Manja Pasti Seronok Ada Mainan Sensori Guna Makanan, Mommy Kena Cuba Buat!

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×