Asuh

Tak Sangka! Sikap Ibu Garang Tak Kena Tempat Jadi Punca Anak Degil & Kurang Ajar

16
SHARES
CARA MENANGANI ANAK DEGIL

Tahukah anda, sebenarnya perangai ibu yang terlalu garang boleh menyebabkan anak degil dan kurang ajar. Menerusi perkongsian Dr Suriyakhatun di laman Facebooknya, cara menangani anak degil adalah dengan memastikan ibu dan ayah mengubah sikap masing-masing.

Hal ini supaya kesihatan mental dan emosi si kecil terjaga tanpa sebarang gangguan yang melampau. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: 10 Senarai Doa Untuk Anak, Pendek Dan Senang Nak Hafal. Boleh Baca Setiap Hari

CARA MENANGANI ANAK DEGIL, IBU AYAH BOLEH JADI PUNCA

CARA MENANGANI ANAK DEGIL

Ibu garang dan pemarah akan besarkan anak degil dan kurang ajar. Hal ini kerana setiap hari saya deal dengan trauma pesakit saya. Childhood trauma.

Ada anak akan keliru apa salah apa betul. Contohnya anak pecahkan pinggan tak sengaja; kena pukul. Anak bermain dan bising, kena jerit sedangkan ini adalah memang aktiviti anak. Anak tak lalu makan kena pukul.

Ini semua berpunca daripada garang tak bertempat. Ini semua boleh buahkan trauma dan cacat emosi anak.

Adakah kita sebagai ibu bapa yakin sangat tentang betul dan salah tu sampai menghukum anak dengan neraca diri yang anggap contohnya pecahkan pinggan dengan tak sengaja itu satu kesalahan?

Masa anak saya sekolah rendah saya perasan si kakaknya mula marah marah dan pukul adik konon adiknya tak dengar kata.
Saya hairan sebab ini bukan dari saya Saya jumpa gurunya tanya dia ada pukul anak saya ke.

Dia mengaku dia pukul dengan pembaris untuk kesalahan tak bawa buku dan datang lambat etc. Datang lambat itu patutnya pukul saya lah kenapa pukul anak. Saya beritahu cikgunya anak saya dah jadi pemarah dan pukul adiknya sejak sekolah.

Cikgunya jawab anak-anak lain kalau tak pukul tak dengar kata. Saya jawab anak saya tegur dengan mulut beritahu kesalahan dia sudah cukup. Anak yang sensitif dan lembut hatinya tak suka buat salah.

Apa yang saya nak kata adalah garang tanpa kasih sayang dangarang tak bertempat. Marah yang tak terkawal serta pukul untuk puas hati. Ini adalah berbeza dengan tegas dan tegur bertempat.

Jadi, belum terlambat lagi jika ibu ayah nak pulih diri dari menjadi terlalu garang sehingga mendera mental anak.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Bagi Anak Minum Air Bacaan Doa Ini Supaya Terang Hati Dan Kekal Cerdas

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×