Asuh

10 Senarai Doa Untuk Anak, Pendek Dan Senang Nak Hafal. Boleh Baca Setiap Hari

92
SHARES
CONTOH DOA UNTUK ANAK

“Hmm, apa contoh doa untuk anak ya..”

Ibu ayah, setiap hari selepas selesai menunaikan solat jangan lupa baca doa untuk anak kerana mereka adalah anugerah terindah yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Sekiranya anda mencari contoh doa untuk anak, di sini penulis kongsikan 10 senarai yang boleh dibaca setiap hari. Doa dari seorang ibu bapa sangat diperlukan untuk anak.

Baca juga: Baca Doa Ini Kalau Jerawat Muncul Di Muka, InsyaAllah Kecut & Hilang

CONTOH DOA UNTUK ANAK IBU AYAH BOLEH BACA

CONTOH DOA UNTUK ANAK

1. Ya Allah. Di tahun 2024 ini jadikan anak kami makin rajin solat dan tak tinggal solat walau berjauhan daripada kami.

2. Ya Allah. Di tahun 2024 ini jadikan anak kami cemerlang dalam semua peperiksaannya. Jadikan anak anak kami fokus belajar dan bersungguh menuntut ilmu.

3. Ya Allah. Di tahun 2024 ini jadikan anak kami anak yang ada karakter penyabar. Mampu menahan diri ketika marah, sukakan kedamaian dan berkasih sayang sesama adik beradik.

4. Ya Allah. Di tahun 2024 ini jadikan anak kami anak yang ada karakter pemimpin. Sangat bertanggungjawab, jujur dan amanah sifatnya.

5. Ya Allah. Di tahun 2024 ini jadikan anak kami anak yang ada karakter berdikari. Mampu mengurus adik adiknya dan diri sendiri.

6. Ya Allah. Di tahun 2024 ini jadikan anak anak yang berdisiplin. Ada rutin yang teratur, pembersih dan pandai mengatur rutin hariannya sendiri.

7. Ya Allah. Di tahun 2024 ini jadikan aku ibu yang sabar. Sabar dalam mendidik dan membesarkan anak anak.

8. Ya Allah. Di tahun 2024 ini jauhkan anak anakku daripada pengaruh buruk rakan sebaya, gajet media sosial, game dan sebagainya.

9. Ya Allah. Bahagiakan diri supaya aku dapat bahagiakan anak anakku dengan sepenuh jiwa raga. Berikan aku ketenangan dan kelapangan hati sentiasa.

10. Ya Allah. Jauhkan kami sekeluarga daripada azabMu dan masukkan kami sekeluarga ke dalam syurgaMu.

Aamiin Ya Rabb.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda semua.

Baca juga: Kelebihan Membaca 2 Ayat Terakhir Surah Al-Baqarah Pada Waktu Malam

Sumber: Facebook Taufiq Razif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×