Cara guna media sosial perlulah betul supaya ia tidak menjadi toksik kepada diri sendiri dan orang lain. Jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat di posting orang lain kerana ia boleh menyebabkan pergaduhan.
Jadi, bagi memastikan anda kekal tenang, emosi dan mental terjaga, amalkan 7 tips cara guna media sosial dengan betul seperti perkongsian di bawah.
Baca juga: 5 Punca Solat Tak Diterima Oleh Allah SWT, Ruginya Kalau Terlepas Pandang!
CARA GUNA MEDIA SOSIAL DENGAN BETUL, BARU KEKAL TENANG
Bila jumpa geng mak-mak yang menghampiri umur 40 tahun, masing-masing bersetuju tenang is good bukan sahaja secara mental dan emosi malah badan rasa lebih sihat.
Jadi, 7 tips untuk bertenang bila guna media sosial:
1. Tak perlu ambil serius
Bila terbaca status yang kita rasa “dituju pada kita” remind diri kita, itu hanya perasan kita. Kalau terasa mungkin ada sebab, mungkin tanda perlu muhasabah diri.
2. Tak salah bila tersilap langkah
Adakala kita buat sesuatu tapi tak menjadi. Tak apa, setiap pengalaman adalah pengajaran. Sentiasa ada hikmah insyaAllah walaupun perancangan kita ke laut.
3. Belajar mendengar & kurang bercakap
Mulut yang banyak bercakap, akan kurang mendengar. Ada masa kita boleh cakap, ada masa kita perlu belajar untuk mendengar.
4. Bersyukur dengan apa yang ada depan mata
Sentiasa bersyukur, walaupun sekecil nikmat.
5. Jangan banding-banding
Bila kita kerap banding diri kita dengan orang lain, secara tak langsung mungkin kita kurang rasa bersyukur. Sedangkan takdir kita semua tak sama.
6. Belajar untuk bertanggungjawab
Walk the talk. Contoh jika mulut kata nak sihat, susuli dengan tindakan yang sesuai.
7. Jauhi perdebatan
Adakala berdebat tidak bawa kepada solusi, hanya penat emosi dan perbalahan yang tiada pengakhiran.
Kita tak boleh kawal orang lain. Kita hanya boleh usaha untuk kawal diri sendiri.
Semoga bermanfaat dan ingat ya, pastikan anda menggunakan semua platform media sosial dengan betul.
Baca juga: “Mencabar Didik Anak Zaman Sekarang…”- Fokus 5 Benda Ini Supaya Anak Elak Maksiat
Sumber: Facebook Aishah Came