Asuh

Hukum Rotan Anak Rupanya Haram Kalau Sampai Melarat Macam Ini…

8
SHARES
HUKUM MEROTAN ANAK

Setiap ibu bapa perlu faham mengenai hukum merotan anak sebelum melakukannya. Hal ini kerana terlalu ramai yang masih belum tahu dan bertindak seperti itu. 

Walaupun mendidik anak merupakan satu kewajipan namun ia tidak bermakna anda perlu menggunakan kekerasan. Ikuti penjelasan lanjut di bawah dan guna kaedah didikan yang betul.

Baca juga: Tingkatkan Nafsu Syahwat Dengan Jilat Kemaluan Isteri, Ini Penjelasan Menurut Pandangan Islam

PENJELASAN TENTANG HUKUM MEROTAN ANAK SEHINGGA CEDERA

HUKUM MEROTAN ANAK

Rasulullah SAW bersabda:

مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرِ سِنِينَ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

Maksudnya: “Perintahkanlah kepada anak-anak kamu untuk mengerjakan solat semasa mereka berumur tujuh tahun. Dan pukullah mereka untuk sekiranya mereka solat ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur kamu.” Riwayat Abu Daud (495)

Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa kedua ibu bapa boleh memukul anak sekiranya meninggalkan solat semasa berumur sepuluh tahun.

Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengajarkan ilmu berkaitan taharah, solat dan memukul anak jika meninggalkannya semasa telah sampai umur berakal (mummayyiz).

Kaedah didik anak

Terdapat beberapa kaedah yang betul boleh digunakan dalam mendidik. Antaranya adalah:

1. Merotan dan memukul

Perlu difahami bahawa merotan dan memukul anak dalam konsep Islam adalah bertujuan untuk proses pendidikan serta membentuk adab.

Ini bukan bersifat dan berniat untuk dijatuhkan hukuman sehingga mencederakan. Dalam merotan anak-anak, sebatan tidak boleh dilakukan dengan melebihi 10 kali.

Ini adalah berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Burdah al-Ansari R.anh bahawa Nabi S.A.W bersabda:

لَا يُجْلَدُ فَوْقَ عَشَرَةِ أَسْوَاطٍ إِلَّا فِي حَدِّ مِنْ حُدُودِ اَللَّهِ

Maksudnya: “Tidak disebat seseorang itu melebihi sepuluh kali sebatan kecuali pada (hukuman) had daripada hudud-hudud Allah S.W.T.” Riwayat al-Bukhari (6456)

Rotan juga mestilah dengan niat untuk mendidik supaya dapat membentuk peribadi mula. Ibu bapa dilarang untuk memukul di bahagian muka seperti yang dinyatakan dalam hadis di bawah:

إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبِ الْوَجْهَ

Maksudnya: “Apabila salah seorang daripada kamu bergaduh maka hendaklah dia menjauhi (dari memukul) muka.” Riwayat Muslim (2612)

Walaupun memukul di tempat lain, jangan sampaikan kecederaan dan kemudaratan pada tubuh anak-anak. Tujuannya haruslah untuk memberi pendidikan dan bukan hukuman.

Kesimpulannya, jika memukul dan merotan anak sehingga cedera, maka ia adalah haram kerana Islam menolak sebarang bentuk kekerasan.

Baca juga: Doa Agar Terhindar Dari Sasaran Fitnah Orang Zalim, Baca Setiap Hari…

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×