Nur

Ragu-Ragu Bila Solat Tidak Tepat Arah Kiblat, Perlu Tunaikan Semula Atau Tidak?

14
SHARES
ARAH KIBLAT SOLAT

Jika seseorang itu tidak dapat menentukan arah kiblat solat, adakah solatnya terbatal atau tidak? Jawapan mengenai persoalan ini ada dihuraikan di bawah dengan lebih mendalam.

Ulama berpendapat bahawa orang yang dapat melihat Kaabah, wajib menghadap dengan yakin. Manakala jika seseorang tidak dapat melihat Kaabah semasa tinggal di Mekah, hendaklah ia menghadap ke arah Masjidil Haram.

Baca juga: Hukum Tengok Video Lucah & Boleh Jadi Punca Hati Gelap Selama 44 Hari…

ARAH KIBLAT SOLAT TAK TEPAT, INI PENJELASANNYA

ARAH KIBLAT SOLAT

Soalan:

“Biasanya seseorang nelayan akan menghadap tempat matahari jatuh di dalam solatnya kerana itu adalah arah Kaabah berasaskan kedudukan peta negeri Terengganu. Namun, dalam setahun ada dua kali matahari jatuh ke atas kiblat secara tepat. Maka diketahui kedudukan kiblat yang sebenar. Macam mana dengan status solat orang yang tersalah kiblat sebelumnya seperti orang yang bekerja sebagai nelayan tersebut?”

Selain Mazhab Syafie, bagi sesiapa yang tinggal jauh dari Kaabah seperti umat Islam di Malaysia, maka dia dibenarkan mendirikan solat tanpa memikirkan tepat atau tidak ke arah bangunan Kaabah.

Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ قِبْلَةٌ

Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, “Apa yang berada di antara timur dan barat adalah Kiblat.” (Riwayatkan Ibnu Majah dan al-Tirmizi)

Hadis di atas menunjukkan bahawa semua arah berada di antara keduanya iaitu utara dan selatan termasuk dalam kiblat. Dalam mazhab Syafie pula adalah solat itu wajib dibatalkan dan diulangi sekali lagi dengan menghadap arah kiblat yang betul serta diyakini.

Begitu juga apabila kekeliruan itu berlaku selepas solat, maka perlu diulangi solat tersebut. Dalam mazhab Hanafi dan Hanbali, orang yang mengetahui kekeliruan arah kiblat di dalam solatnya tidak perlu membatalkan solatnya itu. Cukup baginya membetulkan arah kiblat dengan memutar badannya ke arah kiblat yang diyakini kemudian meneruskan solatnya.

Sekiranya anda keliru dengan arah kiblatnya setelah selesai solat pula, kedua-dua mazhab ini mengatakan bahawa ia tidak perlu mengulang kembali solatnya. Ini kerana ia telah berijtihad dalam menentukan arah kiblat.

Mengenai soalan yang ditanyakan di atas, orang tersebut dikira berijtihad dalam menentukan kiblat. Jadi, solatnya tidak perlu dipersoalkan lagi kesahihannya. Ini bersesuaian dengan pandangan mazhab Hanafi dan Hanbali.

Kesimpulannya, jika seseorang tahu bahawa kiblatnya tersasar tidak lebih dari 45 darjah ke kiri atau ke kanan dari kiblat sebenar,  maka ia masih dimaafkan dan solat tetap salah. Sekiranya lebih, ia perlu membetulkan solatnya.

Baca juga: Hukum Baca Yasin Ketika Haid, Ada Cakap Boleh & Sebaliknya. Yang Mana Satu?

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Terengganu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×