Nur

3 Warna Rasulullah SAW Tak Suka Pakai & Kena Elakkan, Ini Sebabnya…

8
SHARES
WARNA RASULULLAH TIDAK SUKA

Buat anda yang belum tahu, terdapat beberapa warna Rasulullah tidak suka untuk memakainya. Tiga warna tersebut tidak digalakkan untuk pakai dan ada baiknya jika dihindari.

Untuk penjelasan lanjut mengenai warna Rasulullah SAW tidak suka, ikuti perkongsian lengkap artikel di bawah ini. Nampak macam simple, tapi jangan ambil ringan ya!

Baca juga: Baca Doa Potong Kuku Dan Ikut Tatatertib Menurut Islam Ini

3 WARNA RASULULLAH TIDAK SUKA, INI SEBABNYA

WARNA RASULULLAH TIDAK SUKA

1. Jingga

Nabi Muhammad SAW pernah berkata warna jingga adalah pakaian orang kafir, maka elakkanlah daripada memakai warna tersebut.

Selain itu, Muslim meriwayatkan bahawa Ali pernah berkata, Rasulullah melarang mereka memakai pakaian berwarna jingga. Di sini, diketahui pakaian tersebut hanya dicelup dengan pewarna merah. Ini bermakna oren adalah sama dengan kuning kemerahan.

Malah dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud ada menyatakan bahawa ketika itu para sahabat menemani Nabi dalam perjalanan yang jauh. Dia melihat haiwan yang mereka tunggangi ditutup dengan kain yang mengandungi benang merah.

Rasulullah SAW juga bersabda, “Ingatlah, aku rasa warna merah membuatmu sakit.”

2. Kuning 

Rasulullah SAW bersabda, “Apakah ibumu menyuruhmu memakai pakaian ini?” Abdullah bin Amr bin ‘Ash, menjawab, “Apakah saya harus membasuh keduanya?” Lalu Rasulullah SAW menjawab, “Tidak, tetapi keduanya harus dibakar” (HR Muslim).

Dalam hadis Muslim yang lain disebutkan bahawa “Sesungguhnya pakaian yang dicelup kuning adalah pakaian orang kafir, maka janganlah kamu memakainya lagi.” (HR Muslim).

3. Merah

Dalam Ar-Raudhah al-Bahiyyah fi Mu’jizah an-Nabi wa ash-Syaa’il Muhammadiyyah oleh Ahmad Musthafa Mutawalli, ada tertulis bahawa Nabi Muhammad tidak minat pakaian berwarna merah atau hitam.

Menerusi penjelasan di atas, dapat disimpulkan bahawa warna Rasulullah tidak suka adalah merah, kuning dan jingga. Antara sebab Baginda tidak suka dengan warna-warna tersebut adalah kerana menyerupai pakaian orang kafir pada ketika itu.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada pembaca SirapLimau di luar sana.

Baca juga: Berwuduk Sebelum Tidur Sangat Dianjurkan Dalam Islam, Ini Sebab Yang Anda Kena Tahu

Sumber: Detik & SindoNews

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×