Nur

Berwuduk Sebelum Tidur Sangat Dianjurkan Dalam Islam, Ini Sebab Yang Anda Kena Tahu

43
SHARES
BERWUDUK SEBELUM TIDUR

Berwuduk sebelum tidur merupakan satu perkara disunatkan untuk dilakukan. Terdapat beberapa kelebihan sekiranya melakukan perkara itu.

Di bawah ini penulis kongsikan penjelasan lebih lanjut untuk anda baca. Luangkanlah sedikit masa untuk mengambil wuduk sebelum tidur. Tak lama pun.

Baca juga: Suami Isteri Asyik Tayang Video & Gambar Aksi Mesra Di Media Sosial, Ini Hukumnya

BERWUDUK SEBELUM TIDUR SANGAT DIANJURKAN

BERWUDUK SEBELUM TIDUR

Rasulullah SAW menyarakan agar mengambil wuduk sebelum tidur dan berbaringlah di sebelah kanan serta berdoa. Doanya adalah:

اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نفِسي إِلَيكَ، وَفَوَّضتُ أَمري إِلَيْكَ، وَأَلَجَأْتُ ظَهرِي إِلَيْكَ، رغبةً ورهْبَةً إِلَيْكَ، لامَلجأَ ولا مَنجي مِنْكَ إِلاَّ إِليكَ، آمنتُ بِكِتَابِكَ الذِي أَنزَلْت، وَبِنَبِيِّكَ الذِي أَرسَلتَ

Maksudnya: “Ya Allah, aku serahkan diriku pada-Mu, dan aku serahkan urusanku pada-Mu. Aku sandarkan belakangku kepada-Mu dengan penuh rasa harap dan takut kepada-Mu. Tiada tempat bersandar dan selamat selain daripada-Mu. Aku beriman dengan kitab-Mu yang Kamu turunkan, dan nabi-Mu yang Kamu utuskan.”

Sekiranya seseorang itu tidur dalam keadaan berwuduk dan terbatal, maka disunatkan agar dia mengulangi wuduk tersebut. Ini kerana maksud wuduk itu supaya seseorang itu tidur dalam keadaan taharah (suci)

Antara manfaat mengambil wuduk adalah dapat mencerahkan kulit. Ini kerana anda menghilangkan kotoran yang melekat di wajah.

Selain itu, sesiapa yang berwuduk malaikai akan sentiasa mendoakan dan memberikan perlindungan kepada dirinya. Perkara ini ada disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam shahihain sahabat al-Bara’bin Azib RA.

Bukan itu sahaja, sesiapa yang berwuduk juga akan diampunkan dosanya dan memberi syafaat kepada kita kelak. Galakan berwuduk juga mampu mengandungi nilai ibadah yang tinggi.

Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah. Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci.

Semoga Allah SWT menjadikan kita daripada mereka yang suka untuk berwuduk dan menjaga kebersihan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ustaz Kongsi 4 Amalan Antara Maghrib & Isyak, 60 Minit Masa Terluang Boleh Buat

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×