Suami Isteri

2 Tanda Amalan Suami Isteri Diterima Allah & Rumah Tangga Dalam RahmatNya…

32
SHARES
AMALAN SUAMI ISTERI

Amalan suami isteri dalam sesebuah perkahwinan sangat penting demi mengekalkan keharmonian. Namun adakah setiap amalan tersebut diterima oleh Allah atau sebaliknya?

Terdapat 2 tanda amalan suami isteri itu diterima oleh Tuhan. Ikuti penjelasan lanjut di bawah. Rugi kalau tak baca.

Baca juga: Isteri Suka ‘Me Time’ Dalam Kereta Sendirian Jadi Rahsia Kebahagiaan Pasangan

2 TANDA AMALAN SUAMI ISTERI DITERIMA ALLAH

AMALAN SUAMI ISTERI

Kita menjadi suami isteri telah begitu lama. Dari pagi hingga ke malam, dari hari ke minggu. Dalam perjalanan hidup menjadi suami isteri ini, pernah kah kita bertanya dengan diri, selama ini Tuhan terima tak apa yang kita buat dengan pasangan?

Ya. Ada 2 tanda amalan suami isteri itu Tuhan terima.

1. Selalu merasakan banyak yang belum dibuat 

Suami isteri yang Tuhan pandang mereka di dalam rumah tangga, selalu saja rasa mereka masih kurang memberi. Suami rasa dia belum ajak anak isteri mencintai Allah. Dia rasa tanggungjawab pada anak isteri masih banyak tak terlaksana.

Begitu juga isteri. Merasakan khidmat dan taat pada suami banyak belum tertunai. Merasakan dia belum jadi isteri yang baik. Akhirnya, mereka berdua setiap hari membaiki diri dan membaiki sembahyang. Tuhan merahmati dan mencukupkan setiap kekurangan suami isteri ini.

2. Berterusan membuat kebaikan 

Kebaikan yang dibuat oleh suami isteri, bukan kerana pasangan mereka. Berdua membuatkan kebaikan kerana mahu redha Tuhan.

Mahu mencari pahala. Mahu membuatkan rumah tangga itu benar menjadi syurga buat mereka sekeluarga. Sekalipun berdepan dengan perangai dan sikap diri pasangan masing-masing namun berdua tetaplah menjadi dan membuat baik juga, walau susah dan walau payah.

Waktu kalah dengan nafsu dan marah-marah, mereka mampu tenang dan bertaubat semula. Tuhan kekal menjadi tujuan dan kekuatan menghadapi ujian dan nikmat yang silih berganti.

Begitulah kalian. Rumah tangga bahagia yang Tuhan mahu bukan sekadar kita berdua menghabiskan masa berbulan madu.
Bukan juga sekadar selfie dan keluar makan berdua selalu.

Pada pandangan Tuhan, suami isteri yang bahagia itu mereka walau berhiburan, namun hati kekal bersama Tuhan.
Setia disisi walau diuji.

Kekal percaya walau jiwa dan raga diberi sakit sesakitnya. Rumah tangga bahagia kerana takwa. Rumah tangga derita kerana dosa.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Pujuk Pasangan Tengah Marah Guna 3 Ayat, Perkongsian Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

Sumber: Facebook Abu Hurairah Roslan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×