Nur

Hukum Solat Dalam Keadaan Mengantuk, Kena Teruskan Atau Tidur Dulu?

3
SHARES
SOLAT DALAM KEADAAN MENGANTUK

Anda pasti pernah menunaikan solat dalam keadaan mengantuk kerana terlalu penat selepas seharian bekerja. Namun pernah tak anda terfikir mengenai hukumnya?

Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW pernah bersabda jika seseorang itu mengantuk, maka hendaklah dia tidur sehingga dia mengetahui apa yang dibaca.

Baca juga: Hukum Letak Al-Quran Dan Yasin Bawah Bantal Ketika Tidur Untuk Elak Gangguan Jin

PENJELASAN MENGENAI HUKUM SOLAT DALAM KEADAAN MENGANTUK

SOLAT DALAM KEADAAN MENGANTUK

Menurut Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Muhallab menegaskan seseorang itu dibolehkan untuk tidur sebentar bagi menghilangkan rasa mengantuk sebelum meneruskan solat fardu, dengan syarat sempat solat sebelum tamatnya waktu solat tersebut.

Hal ini kerana untuk mengalakan agar menunaikan solat dalam keadaan khusyuk, hati lapang dan bersemangat. Hadis tersebut bukan sahaja untuk solat fardu tetapi solat sunat sama ada malam atau siang juga. Disyaratkan agar tidak terlepas waktu solat.

Daripada Aisyah R.Anha, Rasullah SAW bersabda:

إِذَا نَعَسَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ يُصَلِّي فَلْيَرْقُدْ حَتَّى يَذْهَبَ عَنْهُ النَّوْمُ، فَإِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا صَلَّى وَهُوَ نَاعِسٌ لاَ يَدْرِي لَعَلَّهُ يَسْتَغْفِرُ فَيَسُبَّ نَفْسَهُ

Maksudnya: “Apabila salah seorang dari kalian mengantuk ketika solat, hendaklah dia tidur hingga hilang rasa mengantuk, kerana ketika salah seorang dari kalian solat dalam keadaan mengantuk, dia tidak tahu samada dia sedang meminta ampun daripada Allah SWT atau sedang mencela dirinya sendiri.”

Dapat difahamkan melalui hadis tersebut jika seseorang itu mengantuk hingga tidak sedar apa yang dibaca dan dituturkan ketika solat, maka hendaklah dia tidur sebentar atau melakukan perkara yang dapat menghilangkan rasa mengantuk seperti minum air dan berjalan.

Imam al-Baji pula mensyarahkan hadis ini bahawa jika mengantuk sewaktu solat fardu dan masih banyak waktu berbaki sebelum habisnya waktu solat tersebut atau ada orang yang boleh mengejutkannya untuk solat, maka hendaklah dia tidur sebentar.

Jika waktu solat sudah hampir habis dan akan menyebabkan anda terlajak waktu, maka hendaklah seseorang itu meneruskan solat dan melawan rasa mengantuk.

Kesimpulannya, sekiranya anda menunaikan solat dalam keadaan mengantuk ia boleh menyebabkan bacaan salah. Jadi, ada baiknya untuk tidur terlebih dahulu sebelum solat.

Baca juga: Hukum Pakai Gelang Kaki Bagi Wanita Menurut Pandangan Islam, Jangan Main Guna Sahaja

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×