Nur

Surah At-Taubah Ayat 128 & 129 Rumi, Amalkan Baca 7 Kali Selepas Solat Fardu

41
SHARES
SURAH AT TAUBAH

Surah At Taubah ayat 128 dan 129 merupakan dua ayat terakhir. Dua ayat tersebut memberi banyak kelebihan dalam kehidupan sekiranya diamalkan setiap hari selepas selesai solat.

Seperti perkongsian Puan Azura Hashim, antara kelebihannya adalah dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat kelapangan hidup.

Baca juga: 3 Warna Rasulullah SAW Tak Suka Pakai & Kena Elakkan, Ini Sebabnya…

KELEBIHAN SURAH AT TAUBAH AYAT 128 DAN 129

SURAH AT TAUBAH

Hampir 30 tahun lepas. Ada seorang makcik hadiahkan buku dan minta untuk saya hafal dua ayat yang dalam buku tersebut. Masa itu, masih sangat muda dan tak berapa peduli. Bila berjumpa, makcik tersebut akan tanya dah hafal ke ayat- ayat itu.

Ayat 128-129, Surah At Taubah. Alhamdullilah Allah izinkan saya tetap amalkan ayat ini setiap kali lepas solat. Saya kongsikan di sini kelebihannya.

Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardu, dengan izin Allah.

– Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat
– Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia
– Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan
– Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan
– Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar
– Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya
– Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan hidup

Untuk mudahkan urusan hafazan:

Ayat 128 

Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem

Maksudnya: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”

Ayat 129 

Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem

Maksudnya: “Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.” 

Ayat- ayat Allah memang penuh dengan keajaiban. Jangan lupa hafal dan amalkan ya. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Kelebihan Baca Kalimah Bismillah Dalam Kehidupan Seharian, Pendek Tapi Bermakna

Sumber: Facebook Azura Hashim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×