Nur

Matahari Tepat Di Atas Kaabah 5.18 Petang (27 Mei 2024), Boleh Semak Arah Kiblat

28
SHARES
semak arah kiblat

Pada Isnin, 27 Mei 2024, tepat jam 05:18 petang, Matahari akan berada tepat di atas bandar Mekah di mana terletaknya Kaabah yang merupakan kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia. Pada ketika itu, bayang-bayang sinaran matahari bagi semua objek tegak yang ada di permukaan Bumi akan menghala ke arah Kaabah. Ini merupakan proses semak arah kiblat secara semulajadi supaya arah solat sah!

Anda boleh membuat semakan ketepatan arah kiblat di rumah melalui perisitiwa Istiwa Adzam yang berlaku 2 kali setahun. Selain itu, Google dengan teknologi augmented reality (AR) menghasilkan satu web khas bagi memudahkan umat Islam di seluruh dunia mencari arah kiblat dengan menggunakan telefon bimbit sahaja.

Baca juga: Hukum Geng Lelaki Suka Bergurau Pegang ‘Anu’ Kawan, Jangan Sampai Kena Tumbuk!

CARA SEMAK ARAH KIBLAT UNTUK SOLAT

semak arah kiblat

Pada tahun 2024 peristiwa Istiwa A’dzam ini akan berlaku pada dua tarikh dan masa seperti berikut:

27 Mei 2024 jam 5:18 petang; dan
15 Julai 2024 jam 5:27 petang.

Berikut merupakan panduan semakan arah kiblat yang anda boleh lakukan di rumah. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

-Kayu lurus (sebaiknya yang ada tapak@boleh berdiri tegak)
-Masking Tape
-Pen Marker

Cara-cara:

1.Setkan masa untuk membuat semakan pada 27 Mei 2024, tepat jam 5.18 petang (semak jam Waktu Standard SIRIM atau telefon 1051).

2.Pacakkan / Letakkan kayu lurus tegak tersebut (90 darjah) di kawasan yang ada sinaran matahari (ada bayang-bayang).

3.Pastikan hari tidak mendung/hujan.

4.Gunakan pen marker untuk tulis/tandakan arah kiblat pada jam ditentukan.

5.Lekatkan masking tape lurus mengikut bayang2 kayu tersebut.

6.Bayang-bayang adalah ke arah timur, maka kiblat adalah yang di arah bertentangan.

7.Selesai tanda arah kiblat yang tepat.

semak arah kiblat

*Setelah siap tanda arah kiblat, bolehlah kita semak ketepatan Apps Arah Kiblat di smartphone yang sering kita ragu-ragu tu! (tertakluk juga keadaan fungsi GPS di peranti dan gangguan magnet).

Baca juga: Musim Panas Di Mekah, Jemaah Haji WAJIB ‘Selit’ Barang Ini Elak Alami Strok Haba

Sumber: Planetarium Negara

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×