Nur

Hukum Geng Lelaki Suka Bergurau Pegang ‘Anu’ Kawan, Jangan Sampai Kena Tumbuk!

3
SHARES
pegang zakar

Bergurau senda dalam kalangan rakan sesama jantina adalah perkara biasa kalau ia menghiburkan serta tidak menimbulkan sebarang aib. Namun, apabila sampai situasi dalam kalangan lelaki yang bergurau pegang zakar rakan dan merendah-rendahkan fizikalnya, ini boleh undang kemarahan!

Oleh kerana perkara ini boleh mengundang aib, soalan hukum tentang situasi memalukan ini diajukan kepada pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dalam satu sesi ceramahnya.

Baca juga: Isu Renjis/Bilas Kereta Guna Air Ruqyah, Mufti Jelas Hukumnya Tidak Khurafat

GENG LELAKI BERGURAU PEGANG ZAKAR, APA HUKUMNYA?

pegang zakar

Menerusi perkongsian video Ustaz Azhar Idrus yang dimuat naik di akaun TikTok @bammie85, beliau bagaimanapun berkata hukumnya menjadi haram sekiranya terdapat dalil yang menunjukkan perbuatan tersebut tidak boleh dilakukan.

“Asal bagi semua perkara ialah boleh dahulu, tak bolehnya kemudian. Jadi dalam Islam, boleh makan angin, boleh bersukan, boleh berhibur, boleh menari, semuanya boleh, melainkan telah datang dalil yang menunjukkan tak boleh.

“Jadi maknanya benda yang boleh itu ada ‘perenggan’ di belakangnya. Makan boleh, minum boleh, berlebih-lebihan itu yang tak boleh,” katanya.

Namun, dalam semua perkara yang dikatakan boleh seperti hukum bergurau dibolehkan, perlu ditegaskan di sini bahawa bergurau ini jadi haram sekiranya mengaibkan seseorang itu. Perkara ini termasuklah dengan perbuatan berseloroh dan bersenda gurau sambil menyentuh atau memegang alat sulit dalam kalangan sesama lelaki.

HARAM BILA UNDANG AIB

pegang zakar

Menurutnya, hukum bergurau di dalam Islam juga dibolehkan, namun ia menjadi haram sekiranya mengundang aib seseorang. Jelas UAI, memegang kemaluan orang lain meskipun dengan niat bergurau adalah sesuatu perkara yang mengaibkan maka hukumnya adalah haram.

UAI menjelaskan tentang perkara itu semasa dalam satu majlis ceramahnya selepas diajukan soalan mengenai hukum lelaki bergurau memegang ‘angry bird’ kawan. Faham bahawa sesama rakan akan ada situasi ‘prank’ dan ia diharuskan sekiranya tidak mengundang aib.

“Boleh prank, tapi bila yang tak boleh? Bila nampak aib orang, haram. Nampak aurat orang, haram, mengotorkan baju orang, haram,” katanya lagi.

*Jadi untuk kaum lelaki yang sering bergurau sesama sendiri dan memegang ‘angry bird’ kawan, dah boleh berhenti sebelum kena tumbuk!

@bammie85 Hukum Lelaki bergurau pegang Angrybird. Boleh ke takboleh? 🤔 #ustazazharidrus #murabbikesayangaummah #indahnyahidupbersyariat #prank #fypシ゚viral #fyp #CapCut ♬ original sound – BAMMIE

Baca juga: 6 Khasiat ‘Tersembunyi’ Bila Baca Al-Fatihah Dalam Rawatan Penyakit

Sumber: Tiktok @bammie85

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×