Nur

6 Khasiat ‘Tersembunyi’ Bila Baca Al-Fatihah Dalam Rawatan Penyakit

34
SHARES
kelebihan surah al fatihah

Terletak di halaman pertama Al-Quran, surah Al-Fatihah ini mempunyai pelbagai keistimewaan dan membacanya merupakan salah satu daripada rukun solat. Banyak sebenarnya khasiat dan kelebihan surah Al Fatihah apabila diamalkan dalam kehidupan seharian dan sebagai rawatan penyakit.

Oleh kerana itulah surah ini dinamakan dengan Al-Fatihah dan merupakan surah pembuka bagi Al-Quran. Jom kita amalkan bersama-sama.

Baca juga: Tak Tahan Nak Garu, Ini Doa Untuk Hilangkan Gatal Badan Sekelip Mata!

KELEBIHAN SURAH AL FATIHAH, CUBA 6 AMALAN INI

kelebihan surah al fatihah

Surah ini turut dinamakan dengan Al-Fatihah kerana surah ini juga menjadi pembukaan bacaan dalam solat dan menjadi rukun dalam solat.

1.Baca sebanyak 14 kali sebelum tidur. Suami/isteri dan anak-anak akan mengingati kita selalu.

2.Baca 41 kali dan tiup dalam air minuman atau air mandian. Dapat melepaskan rasa sakit dalaman.

3.Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur kepada orang yang ada penyakit mental.

4.Baca 3 kali tiup dalam segelas air minum dan baca sambil mengusap rasa yang sakit keterlaluan.

5.Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau bila-bila masa.

6.Baca 3 kali atau 7 kali. Gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit (mulut) dan sapu pada tempat yang sakit. Kalau luka, kena sengat lebah atau jari tersepit pintu pun boleh baca.

Disebabkan pelbagai keistimewaan surah al Fatihah ini, ia diberi banyak gelaran dan mempunyai lebih daripada satu nama, antaranya:

-Ummul Kitab : bermaksud ibu / induk al-Quran
-Al-Sab’al-Mathani : bermaksud 7 ayat yang sentiasa diulang-ulang
-Fatihah : bermaksud pembuka al Quran
-As Syifa : bermaksud penawar atau penyembuh
-Ar Ruqyah : bermaksud doa
-Al Hamd : bermaksud puji-pujian

kelebihan surah al fatihah

*Semoga boleh dijadikan amalan ya!

Baca juga: 6 Adat Melayu Dikatakan Bertentangan Dengan Islam Tapi Masih Diamalkan

Sumber: Pinterest Daisy Mustard, Al-Mukhlisin

Foto: Orami

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×