Nur

3 Jenis ‘Kaki Sembang’ Yang Dibenci Rasulullah SAW, Siapa Makan Cili Terasa Pedasnya!

13
SHARES
golongan dibenci Rasulullah

Dalam kehidupan seharian, kita sering dikelilingi oleh individu sama ada seorang ataupun ramai yang mempunyai karakter dilabel sebagai ‘kaki sembang’. Kalau 100 patah perkataan yang dituturkan, semuanya tidak boleh dipercayai kerana hanyalah omongan kosong serta mempunyai unsur bangga diri. Sedar atau tidak, ini merupakan antara golongan dibenci Rasulullah SAW!

Oleh itu, sebaiknya kita harus meneliti diri sendiri dan menerima pandangan orang luar sekiranya sering dilabel sebagai ‘kaki sembang’. Malah, individu yang sering mendapat gelaran ini perlu tahu bahawa ada 3 jenis ‘kaki sembang’ yang dibenci oleh Rasulullah SAW dan orang ramai.

Baca juga: Pastikan Dalam Rumah Tangga Tiada 5 Tanda Ini, Kalau Tak…Anda Dalam BAHAYA!

GOLONGAN DIBENCI RASULULLAH SAW, TERMASUK 3 JENIS ‘KAKI SEMBANG’ INI

golongan dibenci Rasulullah

Foto: Freepik

1. “Thartharun”

Iaitu golongan yang sembang kencang atau cakap berjela-jela yang tidak berfaedah. Mereka ini biasanya suka mencelah percakapan orang lain dan gemar menguasai perbualan tanpa memberi ruang kepada orang lain bercakap.

2. “Mutasyaddiqun”

Iaitu golongan yang suka bercakap dengan gaya yang merendahkan atau meremehkan orang lain.

3. “Mutafayhiqun”

Iaitu golongan yang bila bercakap, suka cerita tentang dirinya sahaja untuk tonjolkan dirinya lebih dari orang lain.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

أَبغَضَكُمْ إِليَّ وَأبْعَدَكُمْ مِني مَجْلساً يَومَ القِيامةِ: الثَّرْثَارونَ، والـمُتَشَدِّقُونَ، وَالـمُتَفَيْهِقُون

“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya daripadaku pada hari Kiamat ialah orang yang paling lebat sembangnya, orang yang suka memperolok orang lain dan orang yang sombong bicaranya.” [riwayat al-Tirmidzi].

*Jadi, jagalah lidah dan percakapan supaya tidak bising seperti tin kosong yang bergolek jatuh..

Baca juga: Niat & Kelebihan Puasa 6 Syawal, Jika Digabung Dengan Puasa Ganti Adakah Sah?

Sumber : Dr. Kamilin Jamilin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×