Nur

Niat & Kelebihan Puasa 6 Syawal, Jika Digabung Dengan Puasa Ganti Adakah Sah?

23
SHARES
puasa 6 syawal

Selesai sahaja ibadah puasa dalam bulan Ramadan, kini kita telah masuk ke bulan Syawal di mana umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri. Tidak ketinggalan, dalam bulan ini juga anda boleh menjalankan ibadah puasa 6 Syawal yang sangat digalakkan kerana pahalanya diibaratkan seperti berpuasa selama setahun!

Namun, ramai yang masih keliru dan tertanya-tanya, adakah puasa perlu dilakukan selama 6 hari berturut-turut? Bagaimana cara membaca niat puasa 6 hari di bulan Syawal dan adakah boleh digabungkan puasa Syawal ini bersama puasa ganti? Berikut merupakan penjelasan dari Mufti.

Baca juga: Ustaz Kongsi Cara Ikhtiar Rawat ‘Racun’ Dalam Badan Guna Mandian Limau, InsyaAllah Segar!

NIAT PUASA 6 SYAWAL DAN KELEBIHANNYA

puasa 6 syawal

Foto: Suara.com

Puasa Syawal adalah puasa sunat setelah Hari Raya Aidilfitri. Saranannya ialah anda berpuasa selama enam hari berturut-turut pada 2-7 Syawal. Walau bagaimanapun, anda juga boleh berpuasa sepanjang berada dalam bulan Syawal, walaupun tidak berturut-turut. Tetapi yang paling penting ialah puasa Syawal dilakukan secara berurutan.

Seperti ibadah-ibadah lain, puasa sunat di bulan Syawal juga harus didahului dengan niat. Berikut bacaannya:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ سُنَّةِ الشَّوَّالِ لِلهِ تَعَا لَى

Nawaitu shauma ghadin ‘an ada’i sunnatis syawwali lillahi ta’ala.

Ia bermaksud: “Aku berniat puasa sunat Syawal esok hari kerana Allah ta’ala.”

Niat puasa syawal boleh dilafazkan pada waktu malam sebelum masuk waktu sahur.

Kelebihan Puasa 6 Hari Dalam Bulan Syawal

1.Pahala sama dengan berpuasa setahun.

2.Puasa pada bulan Syaaban dan Syawal menyempurnakan puasa Ramadan.

3.Dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

4.Bukti syukur kita kepada Allah SWT.

5.Bukti keikhlasan amal soleh sepanjang bulan Ramadan.

Daripada Abu Ayyub R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Maksudnya: “Sesiapa yang melakukan puasa Ramadhan, kemudian dia ikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka itu adalah seumpama dia berpuasa setahun.”

Boleh ke gabung puasa 6 dan puasa ganti?

Menurut laman Maktabah Al-Bakri, sebagai rumusan berkenaan perbezaan pandangan ulama’ dalam isu ini seperti berikut:.

Pertama: Sah

Hukumnya sah dan berlaku kepada kedua-duanya, iaitu qadha’ dan sunat. Inilah pendapat dari:

-Imam Ibn Hajar al-Haitami
-Syeikh al-Ramli. (Lihat al-Nihayah, 1/162 dan Fatawa al-Ramli, 2/339)
-Imam al-Barizi. (Lihat al-Ashbah wa al-Nazhair, 1/161)
-Syeikh Zakaria al-Ansari (Lihat Hasyiah al-Syarqawi ala al-Tahrir, 1/427)
-Inilah juga pendapat kebanyakan ulama terkemudian (muta’akhirin).

Kedua: Tidak Sah

Tidak sah tetapi terhasil yang fardhu sahaja iaitu puasa qadha’, dan tidak kepada puasa sunat Syawal. Inilah pendapat:

-Imam al-Asnawi
-Syeikh Ibn al-Solah
-Abu Makhramah (Lihat Bughiyah al-Mustarsyidin, 3/95-96)
-Hujah mereka adalah tidak boleh tasyrik, yakni menggabungkan dua jenis ibadah dalam satu ibadah.

Kesimpulan

Berdasarkan nas dan keterangan di atas, penjelasan lebih jelas dari Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya. Ini kerana ia merupakan jenis ibadah yang sama tetapi dengan dua niat. Ini juga pendapat sebahagian ulama berdasarkan pengamatan kepada beberapa nas.

Walaupun begitu, yang terbaiknya adalah memisahkan antara qadha’ puasa dengan puasa enam Syawal untuk keluar daripada khilaf. Imam Ibn Hajar menggunakan bahasa dengan katanya, terhasil asal pahala tetapi bukan dalam bentuk sempurnanya jika ia berniat untuk kedua-duanya (niat qadha Ramadan dan sunat Syawal). (Lihat al-Tuhfah, 3/390)

Dibolehkan puasa enam terlebih dahulu jika:

1. Dibimbangi tidak sempat untuk puasa enam jika didahului puasa qada.
2. Sihat walafiat untuk puasa qada selepas itu.

puasa 6 syawal

*Namun begitu, menyegerakan untuk menggantikan puasa terlebih dahulu adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak.

Baca juga: Ketua Keluarga Wajib Sediakan Satu Fail Faraid Lengkap Dengan 7 Dokumen Ini, Senang!

Sumber: Maktabah Al-Bakri, CNN Indonesia

Foto: Bincang Syariah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×