Famili

Asyik Terima Layanan Pilih Kasih, Inilah Ciri ‘Favouritism’ Di Tempat Kerja Ramai Benci

6
SHARES
pilih kasih

Amalan pilih kasih dalam senario di tempat kerja sudah menjadi kebiasaan. Malah ada juga dalam kalangan pekerja yang berhenti kerja kerana tidak tahan dengan layanan yang dipanggil ‘favouritism’ ini.

Mana tidaknya, asyik dilayan dengan tidak baik walaupun prestasi kerja sangat bagus. Tak tahan juga kalau ‘pemandangan’ ini dilihat setiap hari bukan?

Baca juga: Tips Paling Senang Nak Tanggalkan Cebisan Tisu Yang Melekat Pada Baju Dalam Mesin Basuh

BERLAKUNYA AMALAN PILIH KASIH, INI CIRI ‘FAVOURITISM’ ANDA KENA TAHU

pilih kasih

Favouritism berlaku apabila seseorang yang mempunyai kedudukan memihak atau menunjukkan layanan berlebihan kepada individu atau pihak tertentu. Secara amnya, terdapat dua jenis pilih kasih di tempat kerja; sama ada memberi keistimewaan dan faedah kepada seorang pekerja yang tidak diterima oleh pekerja lain, atau membenarkan pekerja ‘lepas’ dengan perkara yang tidak dapat dielakkan oleh orang lain.

Favouritism atau pilih kasih ada dimana mana. Dalam organisasi, dalam keluarga dan dalam perkhidmatan. Ia berlaku apabila individu yang mempunyai kedudukan, menunjukkan minat, memihak atau memberi layanan berlebihan kepada individu atau kumpulan tertentu sehingga menyebabkan berlaku double standard.

Sikap ini umpama barah yang boleh merosakkan satu organisasi apabila individu lain akan hilang motivasi dan mula rasa dipinggirkan. Semakin parah, sikap pilih kasih menyebabkan individu lain hilang keyakinan diri dan mengalami masalah mental. Antara ciri yang boleh diperhatikan:

1.Membesar-besarkan kelebihan individu.

2.Tidak adil dalam memberi insentif atau markah.

3.Tidak nampak potensi orang lain.

4.Memberi kritikan negatif sepanjang masa kepada individu tersebut.

5.Layanan berbeza (double standard)

pilih kasih

*Hentikan favoritism, berikan kredit dan merit atas pencapaian sebenar individu..

Baca juga: #ProjekMimpi: Anak Autisme Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al-Quran Dalam 18 Bulan!

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×