Nur

Jangan Biarkan Orang Toksik ‘Hancurkan’ Mood, Baca Doa Ini Agar Hidup Lebih Aman

17
SHARES
orang toksik

Sebagai seorang Muslim, kita dianjurkan untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT bagi memohon perlindungan daripada segala bentuk kejahatan, termasuklah daripada orang toksik yang boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan kita.

Hari ini, ada beberapa doa untuk orang toksik yang boleh diamalkan setiap hari agar semuanya berada dalam keadaan positif sahaja.

Baca juga: Rupanya Ini ‘Rahsia’ Lantai Di Masjidil Haram Sentiasa Sejuk, Nyaman Dipijak Walau Cuaca Panas Terik

DOA TERHINDAR DARIPADA ORANG TOKSIK, BARU LEBIH AMAN

ORANG TOKSIK

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ صَاحِبِ غَفْلَةٍ وَمِنْ جَارِ سُوءٍ وَمِنْ زَوْجٍ يُؤْذِي

Allahumma inni a’udzu bika min shohibi ghaflatin wamin jari suin wa min zawjin yu’dzi

Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari sahabat yang lalai agama, jiran yang jahat, dan pasangan yang menyakiti,”

Selain itu, terdapat juga beberapa doa lain boleh dibaca iaitu:

1. Doa memohon perlindungan daripada kejahatan manusia

“Allahumma inni a’udzu bika min sharri khalqika.”

(Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan makhluk-Mu.)

2. Ayat Kursi (Surah al-Baqarah, 255)

Ayat Kursi merupakan ayat yang agung dan penuh keberkatan di mana ia dapat memberikan perlindungan daripada segala kejahatan, termasuk gangguan jin dan manusia.

3. Surah Al-Falaq dan An-Nas

Kedua-dua surah ini dikenali sebagai “Mu’awwidzatain” yang bermaksud dua surah perlindungan.

Surah Al-Falaq: Memohon perlindungan daripada kejahatan makhluk yang diciptakan, kejahatan malam, kejahatan tukang sihir, dan kejahatan orang yang dengki.

Surah An-Nas: Memohon perlindungan daripada kejahatan syaitan yang merasuk dalam diri manusia dan membisikkan kejahatan.

Selain berdoa, anda juga perlu berusaha untuk:

  • Mengenal pasti ciri-ciri manusia toksik
  • Menetapkan batasan
  • Menjaga kesihatan mental dan emosi

Ingatlah, Allah SWT sentiasa bersama dengan hamba-Nya yang beriman dan bertawakal kepada-Nya. Semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada kejahatan manusia toksik.

Baca juga: Selalu Curiga Tentang Status Keputihan, Sebenarnya Boleh Batalkan Wuduk Atau Solat Tak?

Sumber: MADAD

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×