Asuh

Ibu Ayah, Didik Anak Macam Ini Rupanya KESILAPAN Besar! Tolong Jangan Buat Dah…

5
SHARES
TANDA SALAH DIDIK ANAK

Tanpa disedari, sesetengah ibu bapa mungkin menggunakan pendekatan yang kurang sesuai dalam mendidik anak sehingga boleh memberi kesan negatif. Terdapat beberapa tanda salah didik anak yang anda perlu tahu agar ia tidak menjejaskan masa depan mereka.

Memahami tanda salah didik anak seperti di bawah ini adalah sangat penting agar ibu bapa dapat mengambil langkah sewajarnya. Ikuti perkongsian lanjut di bawah ini.

Baca juga: Serius! Ibu Ayah Kena Tukar Gaya Cakap Dengan Anak Kalau Dah Nampak Tanda Ini

10 TANDA SALAH DIDIK ANAK, IBU AYAH DAH JADI ‘PEMBULI’

TANDA SALAH DIDIK ANAK

1. Terus melenting

Tanda salah didik anak yang pertama adalah bila mereka buat salah, ibu ayah terus melenting dan menghukum. Langsung tidak mencuba untuk memahami dan mendidik anak.

2. Bangga dengan sikap baran sendiri

Seterusnya, ibu ayah itu sendiri sudah menjadi ‘pembuli’ dalam mendidik anak apabila bangga dengan sikap baran dan perangainya apabila menghukum anak.

3. Paksa & ugut anak

Tanda salah didik anak yang seterusnya adalah apabila ibu ayah suka memaksa dan gertak mereka secara berlebihan. Langsung tak pernah cuba untuk bercakap dengan mereka.

4. Tak dengar luahan anak

Tidak pernah mendengar luahan anak, malah selalu memperkecilkan masalah mereka.

5. Tanda salah didik anak – banyak guna kuasa veto

“Awak diam. Ikut sahaja apa ibu cakap. Sebab ibu suruh, kena ikut. Jangan banyak soal!”

Terlampau banyak sangat guna kuasa veto dan tiada langsung penerangan..

6. Anggap anak kurang ajar

Bila baru sekali memanggil anak tetapi disahut, ibu ayah dengan mudah menganggap mereka kurang ajar, tiada adab dan layak dimarahi.

7. Tak ambil tahu keadaan anak

Tanda salah didik anak selanjutnya adalah apabila ibu ayah sendiri tidak pernah ambil tahu keadaan mereka, prestasi belajar dan perkembangan anak.

8. Ego tinggi

Bila ibu dan ayah ada sikap ego yang tinggi, itu tandanya sudah salah mendidik anak.

9. Tanda salah didik anak – selalu salahkan anak

Menyalahkan semua kepenatan, tekanan dan masalah dirinya kepada anak-anak.

10. Anak langsung tak boleh ganggu ibu bapa

Tanda salah didi anak yang terakhir adalah apabila ketika tidur, main games dan ketika berbual dengan kawan, anak langsung tidak boleh kacau atau dekati mereka. Pantang besar!

Jadi, sekiranya ada tanda-tanda ini dalam diri anda, itu bermaksud ibu ayah sudah menjadi ‘pembuli’.

Baca juga: Tak Sangka Siri Kartun Animasi Ini Buat Sikap Anak Lebih Positif & Petah Bercakap

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×