Antara cara denda murid sekolah sering dilakukan oleh guru adalah dengan membiarkan mereka berada di luar kelas. Hukuman ini dilaksanakan jika pelajar tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.
Biasanya, murid sekolah yang didenda dengan cara begitu diharapkan dapat menimbulkan rasa malu dan kesedaran supaya tidak melakukan lagi.
Baca juga: Ahli Keluarga Sendiri Toksik Bila Tunjuk Tanda Ini, Nampak Bergurau Tapi BUKAN!
MURID SEKOLAH KENA DENDA LUAR KELAS, ELAK BUAT MACAM INI
Menerusi perkongsian Mohd Fadli Salleh di laman Facebooknya, hukuman dan denda paling tidak disukai oleh dirinya adalah apabila membiarkan murid sekolah duduk di luar kelas.
Jelasnya, jika rakan sekerja melakukan denda sebegitu kepada murid sekolah, dia akan menegur tindakan tersebut. Hal ini hukuman itu tidak seharusnya berlaku.
Katanya hukuman denda luar kelas kepada murid sekolah tidak sesuai dilakukan kerana mereka tidak berpeluang untuk mempelajari apa-apa.
“Hukuman dan denda saya paling tak suka. Jika lihat rakan sejawat denda murid begini saya akan tegur. Murid buat salah apa pun, jangan sesekali denda mereka duduk atau berdiri luar kelas.
“Kenapa? Sebab diluar kelas mereka tak boleh belajar apa pun. Nak tengok whiteboard tak nampak. Nak dengar cikgu bagi penerangan tak jelas. Nak buat latih tubi pun tak boleh. Nak bertanya jika tak faham lagi lah tak dapat,” jelasnya.
Hukuman denda seperti itu tidak dapat memberi apa-apa kebaikan kerana pelajaran pada hari tersebut tertinggal. Salah yang dilakukan perlu dktegur agar sikap mereka berubah.
“Yang mereka dapat, hanya hukuman. Pelajaran hari itu tertinggal terus. Langsung tak dapat apa melainkan malu dan dendam. Murid buat salah, yes kena tegur. Kena denda. Kena hukum agar mereka berubah sikap.
“Tapi bukan dengan denda yang membuatkan mereka tak dapat belajar apa pun hari itu. Berdiri dalam kelas okey lagi. Dapat juga ilmu. Rotan tapak tangan pun okey lagi, lepas tu terus belajar.
“Tapi hukum murid supaya keluar kelas adalah satu hukuman paling tak sesuai. Kita seolah menjauhkan mereka dari ilmu pula. Jika ada rakan guru pernah buat hukuman ini, jangan buat lagi ya,” tulisnya.
Guru patut mendekatkan murid dengan ilmu, bukan menjauhkan, hukum biar berhikmah.
Baca juga: “Untung Sangat…” – Atuk Buat Kereta Api Untuk Cucu Main Di Kampung, Kreatifnya!
Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh