Buat anda yang tidak tahu, sawi jeruk bukan sahaja sesuai dimakan bersama ikan dan nasi putih tetapi ia juga boleh ditambah ke dalam sup atau asam pedas.
Masakan yang ditambah sawi jeruk akan lebih sedap dan pastinya sedikit berbeza dengan cara biasa. Sekiranya anda ingin mencuba buat sendiri di rumah, boleh cuba resepi perkongsian Nur Fatihah di bawah ini.
Baca juga: Resepi Roti Goreng Anti Serap Minyak, Kekal Rangup Sampai Petang!
SAWI JERUK BUAT SENDIRI DI RUMAH, SEDAP TAK TERKATA
Saya jenis tak makan sangat sawi kalau dimasak biasa tapi kalau buat sawi jeruk, makan nasi mesti bertambah. Nak buat pun mudah sahaja. Jom cuba.
Bahan-bahan diperlukan:
- Sawi sekilo
- Garam kasar
- Nasi 2 sudu besar
- Asam keping secukupnya
- Air suam
Cara-cara penyediaan:
1. Cuci bersih sawi terlebih dahulu dan potong mengikut saiz kesukaan anda.
2. Di dalam satu bekas, campurkan garam kasar, nasi 2 sudu, asam keping dan air suam.
3. Kacau sehingga sebati dan pindahkan ke dalam bekas bertutup.
4. Biarkan sehingga 2-3 hari sebelum dimakan.
5. Selepas beberapa hari, warna sawi jeruk akan berubah.
6. Bila dah berubah warna, baru masukkan sawi jeruk anda di dalam peti ais.
Selain menikmati sawi jeruk bersama ikan dan nasi panas, anda juga boleh menumisnya dan campurkan dengan telur. Nak lebih pedas, boleh masukkan sedikit cili.
Selamat mencuba!
Baca juga: 5 Makanan Tak Boleh Kisar Dalam Blender, Ramai Dah Buat Kesalahan Ini!
Sumber: Facebook Nur Fatihah