Mendidik anak bukanlah perkara mudah kerana pelbagai perkara perlu dititikberatkan. Sebagai ibu bapa, pasti mahu yang terbaik untuk anak sehingga ada yang terlalu mengongkong dan membuatkan mereka berkelakuan negatif.
Bagi mengelakkan hal tidak diingini berlaku, ibu ayah boleh cuba mendidik anak ikut cara Imam Hassan Albanna seperti perkongsian di bawah ini.
Baca juga: Anak Bawa RM3k Pergi Sekolah, Siap Bagi Dekat Kawan-Kawan. Berderau Darah Ibu!
MENDIDIK ANAK IKUT CARA IMAM HASSAN ALBANNA
1. Tiada suara jeritan di rumah
Susah kan? Tapi, itulah. Rumah yang banyak suara keras, jeritan, gaduh, bahasa kasar, maki dan tiada keberkatan. Imam Hassan akan pergi hampir kepada anak untuk bercakap dengan mereka. Beliau tidak akan melaung-laung. Apatah lagi menjerit.
2. Tidak menyakiti anak
Cara mendidik anak yang seterusnya adalah tidak menyakiti mereka. Ada sekali anak perempuannya bermain tanpa selipar di hadapan tetamu sedangkan sudah diperintahkan sebelum itu. Walaupun Imam Hassan sedang marah dan anaknya tahu dari wajahnya bahawa beliau sedang marah.
Imam Hassan tidak berbuat apa-apa sehinggalah tetamunya tadi balik. Kemudian beliau minta anakya mengambil rotan, lalu beliau merotan anaknya di tapak kaki.
Pukulan itu tidak menyebabkan anaknya sakit tetapi tertawa kerana geli. Namun kesannya, anak itu ingat untuk memakai selipar semasa bermain.
3. Mendidik anak – tidak tegur secara terus atau memalukan
Pernah sekali anaknya sangat asyik membaca komik. Imam Hassan tidak menegur secara terus, tetapi membelikan buku-buku kisah tokoh untuk diberikan pada anaknya.
“Ayah kira yang ini lebih baik dan menyeronokkan untuk kamu baca”
Tapi beliau suruh baca ke? Tidak. Cadang sahaja. Apatah lagi membebel.
4. Sentiasa ada masa untuk makan dan bermain dengan anak-anak
Walaupun sangat sibuk dengan urusan ummah, Imam Hassan tak pernah sekalipun tertinggal untuk makan bersama dengan keluarga. Jika terlalu penat, beliau pulang ke rumah dan berehat sebentar.
“Izinkan ayah berehat sebentar. Kejutkan ayah selepas 7 minit.”
Selepas 7 minit, beliau bangun dan bermain dengan anak-anaknya.
5. Jadi guru tauhid dan akidah anak
Beliau sentiasa mengingatlan anak akan setiap sesuatu dengan Allah. Anak yang dididik mengenal Tuhan dengan betul akan sendiri takut pada Allah.
Imam Hassan mengajar sendiri anaknya dengan kitab. Selain itu, hendaklah sentiasa mengaitkan setiap suatu perkara dengan Allah.
Misalnya, jika anak puji makanan sedap. Ingatkan anak pada Allah yang memberi deria rasa. Kalau demam, sedap macamana pun kita tak boleh nak makan.
5 cara mendidik anak seperti perkongsian di atas diharapkan dapat memberi manfaat buat ibu bapa di luar sana.
Baca juga: Nak Ajar Anak Maksud Tauhid Umur Ini Yang Sesuai, Jangan Terlambat Nanti Rugi!
Sumber: Siti Suryani Yaakop