Ibu-ibu di luar sana tak ada idea untuk menu bayi 9 bulan? Jangan risau, artikel kali ini penulis kongsikan 10 idea untuk dicuba beri kepada si manja.
Pelbagai menu boleh dimasak setiap hari dan dalam masa yang sama ia boleh membantu untuk merangsang deria rasa si kecil mengenali tekstur makanan.
Baca juga: Cara Buang Tulang Ikan Kembung Dengan Mudah, Sekali Tarik Je!
MENU BAYI 9 BULAN, SEMUA SEDAP-SEDAP
1. Yogurt mangga + jagung pancake cheese
– Sagat jagung dan masukkan tepung gandum, susu full cream dan 1 sudu krim cheese.
– Kemudian, gaul sebati semua bahan dan masak seperti lempeng di atas kuali.
– Pastikan api tidak terlalu kuat.
– Siap!
2. Ikan kembung goreng + labu masak lemak & nasi lembik
– Didihkan air dengan santan.
– Masukkan bawang merah, putih dan ikan bilis yang dah ditumbuk.
– Kemudia, masukkan labu & asparagus atau sayur pilihan ibu.
– Masukkan serbuk ikan bilis dan bila labu dah betul-betul lambut boleh tutup api.
– Sedia untuk dihidangkan.
3. Bubur lambuk + asparagus stim & oren mandarin
4. Creamy sweet potato ball & mangga manis
– Rebus ubi keledek sehingga lembut.
– Buang kulit dan lenyek sehingga hancur.
– Masukkan butter dan krim cheese (untuk bayi 8 bulan ke atas sahaja.)
– Gaul sebati dan buat bulat-bulat. Sedia untuk dihidangkan.
5. Nasi + ayam asparagus & mangga manis
– Tumis bawang merah, bawang putih dan tomato sehingga hancur.
– Masukkan isi ayam, asparagus, serbuk lada hitam, serbuk ikan bilis dan sedikit air.
– Biarkan sehingga masak.
6. Nasi + udang tumis & asparagus stim
– Tumis bawang merah dan bawang putih.
– Masukkan udang dan tabur serbuk lada hitam serta serbuk cendawan.
– Masukkan kentang dan sedikit air. Biarkan sehingga lembut.
– Sedia untuk dihidangkan.
7. Cucur labu & krim cheese
– Rebus/kukus labu sehingga lembut.
– Lenyek dan biarkan sejuk.
– Bila dah sejuk, masukkan tepung gandum 1 sudu krim cheese.
– Gaul sebati dan goreng.
*Pastikan guna tepung unbleach.
8. Mi goreng telur & strawberi
– Cincang bawang merah kecil dan putih.
– Cincang cendawan butang dan brokoli (any sayur)
– Telur puyuh 2 biji (bunga alergik telur ayam)
– Tumis bawang dan bila dah layu masukkan telur.
– Kemudian masukkan sayur, serbuk bilis, cendawan dan serbuk lada hitam.
– Masukkan mi yang telah direbus terlebih dahulu.
9. Strawberi + buah naga merah & pankek mi
10. Nasi + telur dadar puyuh & lemak putih labu
Ibu-ibu boleh pelbagaikan menu mengikut cita rasa si kecil.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Baca juga: Resepi Donut Susu Minion Gebu Macam Kapas, Sekali Cuba Pasti Teringat!
Sumber: Facebook Ti Zya