Dapur

Cara Buat ‘Chicken Feet Stock’ Untuk Anak Usia 9 Bulan, Express & Tak Kalut!

1
SHARES

Bergelar seorang ibu bukanlah satu perkara mudah kerana perlu pandai membahagi masa untuk keluarga. Setiap hari pasti pelbagai tugasan perlu dilakukan sehingga terlupa memberi si kecil makan dan akhirnya hanya memberi makanan instant sahaja.

Bagi mengelakkan perkara ini terus berlaku dan menggangu tumbesaran anak, ibu-ibu di luar sana boleh membuat stok makanan menggunakan kaki ayam supaya lebih cepat dan jimat.

Baca juga: 10 Jenis Menu Untuk Anak Umur Setahun, Confirm Selera Bertambah!

CARA BUAT ‘CHICKEN FEET STOCK’ UNTUK ANAK USIA 9 BULAN

Stok sup kaki ayam sangat baik untuk anak dan boleh dicampur dengan pelbagai bahan tambahan lain seperti lobak, labu dan sebagainya sebelum diberi kepada anak.

Siap dah stok chicken feet broth untuk anak umur 9 bulan. Sejak umur 6 bulan memang ni la kesukaan dia. Cara nk buat pun mudah.

Bagus juga untuk elak dan kurangkn selsema sebab kaki ayam ada kandungan kolagen yang sangat tinggi. Bila nak masak baru la kita letak bahan tambahan contohnya macam labu cincang, bayam, tauhu telur, brokoli dan lain-lain.

Tukar-tukar ikut selera anak. Kira ni basic jela untuk lauk dia. Saya sertakan resepi sekali untuk yang nak cuba. Ini sukatan saya. Mommy semua boleh ubah ikut citarasa sendiri ye. 

Bahan-bahan: 

– Kaki ayam 1KG

– Bawang bombay 2 biji sederhana

– Bawang putih 6-7 ulas

– Lobak 2 batang

– Saderi 2 btg

– Air 2.5 liter atau sampai tenggelam bahan

Cara penyediaan: 

1. Potong kasar semua bahan dan masak sampai isi ayam terlerai dari tulang.

2. Bila dah sejuk boleh asingkn kaki ayam untuk diambil isi sahaja. Bahan-bahan sayur tadi asing ke dalam bekas lain.

3. Pastikan dalam sup tak ada tertinggal serpihan tulang. Isi kaki ayam yang dah dicarik boleh letak semula dalam sup untuk dikisar halus.

4. Bila dah kisar dia  jadi macam creamy gitu. Sayur-sayur tadi boleh blend kasar menggunakan chopper.

5. Lastly satukan semua bahan tu dan boleh la cedok letak dalam storage cube untuk dibekukan. Saya guna 1 cube untuk 1 hari cukup untuk lunch dan dinner.

Bila nak masak jangan lupa tambah air sikit dalam 200ml ke dalam periuk dan boleh masukkan beras, mee, pasta dan lain-lain.

Mudah. Cepat. 100% homemade. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Yana Wan Nurliyana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×