Asuh

Si Manja Pasti Seronok Ada Mainan Sensori Guna Makanan, Mommy Kena Cuba Buat!

34
SHARES
SENSORY PLAY GUNA MAKANAN

Aktiviti sensori sangat penting untuk merangsang deria si manja anda. Selain membeli mainan di kedai, sensory play guna makanan juga boleh dilakukan di rumah. Cara ini sudah tentunya lebih jimat kerana tidak memerlukan bahan yang begitu mahal.

Terdapat enam idea mainan sensori guna makanan yang mommy boleh lakukan bersama si kecil. Sudah pastinya aktiviti ini lebih menyeronokkan.

Baca juga: Bagi Anak Minum Air Bacaan Doa Ini Supaya Terang Hati Dan Kekal Cerdas

SENSORY PLAY GUNA MAKANAN, 6 IDEA IBU BOLEH TIRU

SENSORY PLAY GUNA MAKANAN

1. Tanah liat guna tepung jagung

Tanah liat sudah tentunya antara mainan kesukaan si manja. Selain membelinya sendiri, anda juga boleh cuba membuat sendiri di rumah. Caranya adalah sediakan campurkan tepung jagung, air, minyak dan pewarna makanan. Gaul sehingga mendapat tekstur seperti playdough dan bahagikan kepada beberapa bahagian.

Menurut kajian, bermain playdough boleh mengembangkan kemahiran motor halus kanak-kanak, meningkatkan tahap fokus, meningkatkan kreativiti dan imaginasi.

2. Lemon

Permainan menggunakan lemon ini mudah sahaja untuk disediakan. Mommy hanya perlu menyediakan lemon dan air yang telah diwarnakan.

Cara permaianan adalah, campurkan beberapa titis air lemon ke dalam air tersebut untuk melihat berubah yang akan berlaku. Sediakan beberapa cawan air dengan warna yang berlainan agar si kecil dapat melihat perbezaan.

3. Mi atau spageti 

Selain itu, mi atau spageti juga boleh dijadikan mainan untuk anak. Tekstur lembut dan kenyal boleh merangsang sensori deria sentuh dan lain-lain.

Selain dapat mengenali teksturnya, anda juga boleh melakukan permainan seperti melukis muka dengan pelbagai ekpresi dan suruh si kecil meletakkan mi atau spageti sebagai rambut.

Permainan ini membolehkan mereka belajar tentang pelbagai emosi.

4. Agar-agar dan pewarna makanan

Sensory play guna makanan yang selanjutnya adalah agar-agar dan pewarna makanan. Mommy hanya perlu sediakan agar-agar jernih dan biru laut.

Caranya mudah sahaja iaitu masak agar-agar seperti biasa dan biarkan di dalam peti ais. Kemudian masukkan mainan berasaskan haiwan laut untuk si kecil main.

Ajak anak untuk selamatkan haiwan, berenang dan sebagainya untuk meningkatkan sensori mereka.

5. Chia seed & air

Makanan untuk sensory play yang seterusnya adalah menggunakan chia seed dan air. Caranya mudah sahaja, campurkan chia seed dan air kemudian simpan di dalam peti ais selama beberapa jam.

Selepas itu, ibu boleh tambahkan mainan seperti haiwan untuk dijadikan seakan-akan bermain di dalam lumpur. Aktiviti ini boleh melatih deria dan imaginasi si manja.

6. Yoghurt

Makanan sesuai dijadikan mainan sensori yang terakhir adalah yoghurt. Aktiviti ini boleh melatih kemahiran deria tangan si kecil.

Cara penyediaan adalah ambil yoghurt dan campurkan dengan sedikit pewarna makanan yang selamat untuk kanak-kanak. Kemudian, sebatikan dan sedia untuk digunakan.

Si kecil boleh menggunakan ‘cat’ ini untuk melakukan aktiviti seperti mewarna, mengecat dan lain-lain.

Lebih jimat sekiranya membuat mainan sensori sendiri di rumah dengan hanya menggunakan makanan. Mudah kan?

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Baca juga: Tak Sangka! Sikap Ibu Garang Tak Kena Tempat Jadi Punca Anak Degil & Kurang Ajar

Sumber: Pop Mama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×