Waktu bermain juga adalah waktu belajar untuk kanak-kanak. Ini kerana setiap mainan dicipta dengan pelbagai fungsi dan rupa yang berbeza. Setiap mainan yang si kecil main akan membantu untuk membina kemahiran baharu buat diri mereka.
Jadi, bagi ibu bapa yang sedang berfikir untuk membeli mainan baharu, boleh ikuti perkongsian Aishah Kassim di bawah. Terdapat enam jenis mainan boleh dibeli untuk kanak-kanak cuba. Jom tengok!
Baca juga: 10 Idea Mainan Sensori Filler Untuk Anak, Lebih Menyeronokkan!
6 MAINAN PATUT ADA DI RUMAH, IBU BAPA KENA BELI
Berikut saya senaraikan enam jenis mainan yang perlu ada di atas rak di rumah anda, terutamanya bagi kanak-kanak yang kebanyakan masa berada di dalam bangunan dan rumah. Ianya penting supaya kanak-kanak medapat rangsangan yang secukupnya untuk perkembangan mereka.
1. MAINAN CAUSE & EFFECT
Mainan macam ni sesuai untuk kanak-kanak berusia 6 bulan – 2 tahun kerana mainan sebegini banyak memberikan input sensori pada kanak-kanak. Mainan sebegini biasanya perlu ditekan, dipusing, dipicit, digoncang dan lain-lain lagi untuk menghasilkan effect.
Memahami cause & effect adalah kemahiran kognitif (berfikir) yang biasanya terbentuk pada usia 3-6 bulan lagi. Kemahiran paling awal adalah bayi 0 dan kesannya, ibu datang memberi susu, menukar lampin dan lain-lain respon yang diperolehi hasil dari tangisan tadi.
Apabila usia mereka meningkat, mereka akan belajar kemahiran cause & effect yang lebih kompleks seperti menggoncang rattles, menekan butang. Sebab tu kalau kita tengok, kanak-kanak suka main suis lampu, sebab bila di tekan, lampu menyala. Bagi kanak-kanak ianya adalah mainan cause & effect.
2. MAINAN KONSTRUKTIF
Apabila mencecah usia 18 bulan, kanak-kanak suka pada sesuatu yang membina dan menyusun. Jadi kita akan lihat kanak-kanak akan menyusun objek samaada menyusun secara berderet atau meninggi.
Jadi, pada ketika ini anda boleh dedahkan kanak-kanak dengan permainan yang membolehkan mereka menyusun dan berfikir pada masa yang sama.
Selain itu, menyusun, memasang, memanipulasi objek dengan tangan membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran motor halus mereka.
3. MAINAN MESSY
Mainan messy sebenarnya banyak memberi manfaat pada kanak-kanak. Bukan sahaja boleh enjoy bermain malah banyak rangsangan yang boleh diperolehi bergantung kepada jenis messy play.
Antaranya adalah dapat tingkatkan kepekaan deria (sensory), meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar, manipulasi tangan dan anggota badan, belajar berfikir & menyelesaikan masalah dan macam-macam lagi.
Dengan adanya kepekaan deria yang baik dan stabil, kanak-kanak akan lebih fokus untuk belajar. Jadi pembelajaran akan terjadi dengan lebih cepat dan berkesan. Jadi banyak-banyakkanlah messy play di rumah ya.
4. MAINAN PRETEND PLAY
Melalui permainan sebegini, kanak-kanak banyak belajar berimaginasi, mencipta idea dan kreativiti mereka tersendiri dan sudah semestinya mereka belajar berfikir semasa bermain tersebut.
Biasanya pretend play ini dimainkan bersama orang lain, jadi skill sosial akan ditingkatkan seperti adab berkawan, berkongsi, memberi dan menerima arahan, menetapkan gol untuk dicapai semasa bermain, handle conflict, gaduh, baik balik.
5. MAINAN FIZIKAL
Aktiviti fizikal akan meningkatkan banyak skill pada badan seperti, body awarness & control, pergerakan bilateral badan, koordinasi badan, menguatkan otot dan menyihatkan badan juga.
Jadi aktiviti fizikal ni bukan saja untuk badan tapi ianya juga untuk perkembangan otak kanak-kanak. Makin sihat otak, makin cerdik lah mereka dan makin mudahlah mereka belajar.
6. MAINAN BERASASKAN KERTAS & PENSIL
Bukan sahaja boleh mengajar anak memanipulasi tangan, meningkatkan imaginasi dan kreativiti, boleh belajar mengenal objek, gambar dan macam-macam lagi. Jangan kita tak tau yang menconteng adalah latihan awal tangan kanak-kanak untuk mereka belajar menulis nanti.
Jadi, ibu bapa dah tahu mainan mana yang patut ada di rumah kan? Jangan lupa beli!
Sumber: Facebook Aishah Kassim