Asuh

Walaupun Ayah Garang, Tapi Banyak Benda Yang Anak Belajar Tentang Hidup

17
SHARES
PERANGAI AYAH

Kebiasaanya, anak akan mengikut perangai ayah yang ditunjukkan kepadanya. Rata-rata dalam kalangan kita pasti akan rasa lebih takut dengan ayah berbanding ibu. 

Walaupun ayah bersikap garang dan tegas, sifat yang ditunjukkan sebenarnya mampu menjadi cerminan kepada anak. Berikut merupakan 5 benda yang anak belajar daripada perangai ayah.

Baca juga: Nak Bayi Cepat Bijak Seiring Usia, Ibu Boleh Rangsang Deria Si Comel Dengan Cara Ini

5 BENDA ANAK BELAJAR DARIPADA PERANGAI AYAH

PERANGAI AYAH

1. ANAK BELAJAR KEMAHIRAN BERUNDING

Dengan mak, anak-anak boleh minta apa sahaja yang dimahukan kerana mereka boleh memanipulasi si mak lebih daripada boleh ayah.

Ayah sifatnya lebih authoritative. Mereka terpaksa gunakan cara yang lebih halus untuk tawan hati si ayah. Daripada situ mereka belajar skill berunding yang mana sangat diperlukan bila anak masuk ke alam pekerjaan.

2. ANAK BELAJAR IKUT ARAHAN

Walaupun yang biasanya membebel adalah mak tetapi arahan seorang ayah lebih ringkas, jelas dan tegas.

3. ANAK BELAJAR KAWAL EMOSI

Dalam keadaan kecemasan dan tekanan, biasanya seorang ayah akan lebih tenang dan boleh buat keputusan. Daripada situ anak akan belajar untuk buat keputusan secara rasional dan logik walaupun sedang dikuasai emosi.

4. ANAK BELAJAR KEMAHIRAN MELINDUNGI

Seorang ayah memiliki sifat semula jadi iaitu pelindung kepada keluarga. Ayah juga akan melindungi isterinya daripada semua jenis ancaman dan dari sini lah anak akan belajar untuk menjadi pelindung kepada keluarganya sendiri suatu hari nanti.

5. ANAK BELAJAR MELAYANI PASANGAN HIDUP

Cara layanan ayah kepada mak akan menjadi rujukan atau sumber kepada anak. Kalau ayah suka berkasar, mereka pun akan cenderung untuk berkasar dengan pasangan hidup.

Jadi, pastikan ibu ayah di luar sana sentiasa tunjukkan sikap yang positif di hadapan anak-anak.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Nak Anak Pandai & Sihat, Ibu Ayah Boleh Bagi Si Kecil Makan Ketam

Sumber: Facebook Taufiq Razif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×