Asuh

Tak Perlu Marah Tapi Tegas, Confirm 20 Teknik Ini Boleh Ubah Perangai Anak

2.5K
SHARES
PERANGAI ANAK

Ibu ayah di luar sana yang inginkan tips untuk ubah perangai anak tanpa guna kekerasan, kena baca artikel ini sehingga habis. Perkongsian di bawah sangat berguna kerana 20 cara ini ramai yang masih belum tahu dan terlepas pandang.

Menurut Mohd Fhais Salim di laman Facebooknya, semua peringkat umur sesuai menggunkan tips ini tetapi cara pelaksanaan harus ikut kesesuaian mereka.

Baca juga: Senarai Rancangan Kartun Yang Ada Unsur Negatif, Elak Anak Tengok!

20 CARA UBAH PERANGAI ANAK TANPA GUNA KEKERASAN

PERANGAI ANAK

1. Kita dulu berikan contoh baik dengan perilaku kita sendiri.

2. Tak perlu marah tapi tegas dengan peraturan yang jelas dan konsisten.

3. Beri perhatian dan beri pujian perilaku positif yang anak buat secara konsisten.

4. Beri anak pilihan dan elakkan memaksa untuk memberikan anak rasa ada control.

5. Ajarkan anak tentang akibat dari perilaku mereka sendiri.

6. Gunakan pendekatan yang positif dalam memberikan anak pengajaran dan hukuman.

7. Jelaskan sebab dan alasan di sebalik peraturan dan had yang di buat.

8. Beri perhatian lebih sikit bila anak berperilaku baik dan buat kebaikan.

9. Berikan tugas-tugas yang sesuai dengan usia anak bagi melatih rasa tanggungjawab dan berdikari.

10. Galakkan anak untuk bercerita tentang perasaan mereka.

11. Ajarkan anak teknik relaks dan tenang untuk dia urus emosi sendiri.

12. Hadkan waktu yang anak guna di depan skrin, tv, telefon dan gaming.

13. Tetapkan masa konsisten untuk anak bermain di luar rumah.

14. Galakan anak untuk express kreativiti dan pemikiran mereka.

15. Kenalkan anak pada aktiviti seni seperti melukis, mewarna atau origami.

16. Beri haiwan peliharaan atau pergi melawat zoo. Kenal haiwan dan alam semulajadi boleh membentuk perangai juga.

17. Membaca buku bersama anak setiap hari.

18. Beri anak tanggungjawab dalam menanam dan menjaga pokok.

19. Galakkan anak untuk libatkan diri dalam aktiviti suka dan olahraga.

20. Ajarkan anak tentang pentingnya kebersihan diri.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada ibu bapa di luar sana.

Baca juga: Anak Degil & Tak Dengar Cakap, Ibu Ayah Amalkan Baca Dua Surah Ini Setiap Pagi

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×