Asuh

Senarai Rancangan Kartun Yang Ada Unsur Negatif, Elak Anak Tengok!

39
SHARES
RANCANGAN KARTUN

Majoriti kanak-kanak ada telefon bimbit sendiri untuk melihat rancangan kartun yang diminati. Tanpa kita sedar sebenarnya rancangan tersebut boleh mempengaruhi minda mereka kerana ada unsur negatif.

Jadi, ibu ayah di luar sana cuba elakkan untuk memberi anak menonton 7 senarai rancangan kartun di bawah ini. Bahaya kalau dibiarkan!

Baca juga: 5 Cara Handle Anak Kuat Menjawab & Tak Patuh Arahan, Tak Payah Pening Kepala Dah!

SENARAI RANCANGAN KARTUN ADA UNSUR NEGATIFRANCANGAN KARTUN

1. Family Guy 

Nampak macam kartun family gitu, tapi ianya penuh dengan jenaka yang bersifat rasis, seksis, kasar dan menghina.

2. Cow and Chicken

Entah kenapa mereka cemarkan haiwan ini dengan kartun sebegini, dengan konotasi seksual yang dimasukkan ke dalam kartun terlalu open dan sangat merbahayakan anak kecil.

3. Spongebob

Span kuning ceria bersama rakan baiknya, mungkin menjadi pilihan ramai tetapi ahli psikologi kanak-kanak memberi amaran bahawa menonton kartun kanak-kanak dengan pace yang laju seperti SpongeBob SquarePants, walaupun hanya untuk beberapa minit, akan menghalang pemikiran abstrak, mempengaruhi ingatan jangka pendek, dan kawalan nafsu dalam kanak-kanak.

Penyelidik menjalankan satu eksperimen dan mendapati bahawa kanak-kanak yang menonton kartun dengan pace yang cepat ini akan memberikan signifikan lebih buruk dalam tugas yang diberikan kepada mereka.

Pace yang laju dalam kartun popular ini yang menukar adegan purata setiap 11 saat, berbanding dengan kartun kanak-kanak lain yang menukar hanya dua kali dalam satu minit, membuatkan kanak-kanak berasa terganggu dan boleh mengganggu jangkaan perhatian mereka.

4. Caillou

Menonton Caillou akan membuatkan anak-anak anda mengambil langkah ke belakang dalam perkembangan mereka dan menggalakkan mereka untuk menunjukkan tingkah laku yang manja dan nakal.

5. Winx Club

Skirt dan gaun yang dipakai sangat pendek, beberapa daripada mereka menampakkan bahagian besar pinggang tengah mereka. Cukup bahaya ditonton, lebih-lebih lagi buat anak lelaki.

6. Hello Cocobi

Kartun ni memang cute, ramai juga yang menontonnya. Masalah ya, kartun ni terlalu banyak adegen yang tak elok seperti buang angin merata-rata!

7. Doraemon

Ada part yang bagus dalam cerita Doraemon ni, terutamanya persahabatan. Tapi yang buruknya, Nobita sangat terlalu bergantung harap pada Doraemon, membuatkan Nobita sendiri menjadi malas. Yang lebih takut, anak kita pun terpengaruh dengan kemalasan dan sikap suka mengharap yang ada pada Doraemon.

*Tak salah nak bagi anak tengok tetapi pastikan ada pengawasan ibu bapa ya.

Baca juga: 10 Tanda Ibu Ayah Ada Sifat Suka Banding-Bandingkan Anak, Tanpa Sedar Dah Buat Rupanya

Sumber: Facebook Hana Shahadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×