Famili

‘Sebab Boleh’ Jadi Trend, Cikgu Kecewa Semak Kertas Exam Penuh Jawapan Main-Main

61
SHARES
semakan peperiksaan

Tular di media sosial mengenai budaya ‘trolling’ semakin menjadi-jadi dan merisaukan dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini kerana menerusi perkongsian Public Health Malaysia di laman Facebook, semakan peperiksaan yang dilakukan oleh cikgu mendapati anak muridnya memberi jawapan “sebab boleh”.

Budaya ini tidak patut dijadikan trend dan digunakan dalam kehidupan seharian kerana boleh mengganggu emosi orang yang menerima mesej tersebut.

Baca juga: Padat Dengan Pengajaran & Nasihat, Filem Ini Sesuai Untuk Tontonan Anak & Family

CIKGU KECEWA BACA JAWAPAN KETIKA BUAT SEMAKAN PEPERIKSAAN

Trolling adalah budaya dalam media sosial yang digunakan sebagai komentar untuk mencetuskan kemarahan dan provokasi. Ia juga digunakan bila individu telah kehabisan modal untuk berbalah.

Lebih menyedihkan lagi, apabila kanak kanak mengambil budaya trolling dan menggunakan dalam kehidupan seharian ketika menjawab peperiksaan di sekolah.

Apabila tidak tahu jawapan, beri jawapan trolling. Perkara ini sangat tidak melucukan kerana guru sebagai pemeriksa kertas berhadapan dengan stress dan burn out. Bercelaru antara rasa ingin membantu dan mendidik kepada rasa marah, kecewa dan meluat.

Sebagai seorang guru sudah tentunya ingin anak murid menjawab kertas peperiksaan dengan jawapan bersesuaian seperti yang sudah diajar di dalam kelas. Namun, lain pula jadinya kerana hanya sekadar memberi jawapan “sebab boleh”.

Trolling ini sudah tentunya akan mendatangkan kesan negatif. Antara kesannya adalah:

  • Masalah kesihatan
  • Kemurungan
  • Selalu bersedih
  • Hidup dalam ketakutan
  • Sakit kepala & perut
  • Susah untuk tidur
  • Suka menyendiri
  • Mempunyai masalah untuk berkawan
  • Selalu mencederakan diri
  • Ada niat untuk membunuh diri

Pastikan orang sekeliling anda tidak menjadikan budaya trolling ini sebagai rutin dalam kehidupan. Elakkan!

Sumber: Facebook Public Health Malaysia & Social Media Victims

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×