Famili

Padat Dengan Pengajaran & Nasihat, Filem Ini Sesuai Untuk Tontonan Anak & Family

11
SHARES
movie kanak-kanak

Umum mengetahui, filem yang disiarkan di media sosial tidak semuanya bersesuai untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun, terdapat satu movie kanak-kanak boleh ditonton bersama keluarga kerana banyak pengajaran.

Filem Hindi tersebut berjudul Pahuna berdurasi selama 1 jam 22 minit. Rugi kalau tak luangkan masa bersama menonton movie ini.

Baca juga: Nak Elak Anak Tantrum Tak Kena Masa, Jom Buat 5 Perkara Ini, Barulah Si Kecil Gembira!

MOVIE KANAK-KANAK

Cerita ini sangat rekemen untuk tontonan bersama anak-anak dan seisi keluarga. Sangat berkaitan dengan dunia kanak-kanak yang mengisahkan tentang survival hidup.

Pengajarannya pun straight forward dan simple. Tak perlu berfikir dengan keras double meaning atau apa kesudahannya yang sebenar.

Kemudian melalui filem ini ibu bapa boleh refleksi pada diri sendiri yang sudah tua ini. Adakah kita seperti anak kecil yang mudah terpengaruh dengan cakap-cakap orang walaupun ianya sesuatu tak masuk akal?

Adakah kita terfikir bahayanya bila kita bercakap tentang seseorang yang tak pernah berjumpa depan-depan pun tapi bercakap dan menyebarkan dakyah itu tanpa memikirkan mungkin ada masa hadapan anak-anak yang bakal kita risikokan?

Cerita ini memang best walaupun simple. Antara ayat paling saya suka apabila si kakak dapat berjumpa semula dengan orang yang dia percaya adalah:

“Uncle Rai, awak pun ada di sini? Awak kata paderi akan makan budak dan akan jadikan kita lupa pada tuhan dan agama. Awak dah lupakan tuhan belum?”

Teguran anak kecil buat orang tua yang suka bercakap tentang orang lain mengikut perspektif sendiri tanpa tahu orang itu sebenarnya bagaimana.

Bila kita tahu agama dan diri kita sendiri, tak ada satu pun yang boleh mengganggu. Jangan buat keputusan hanya kerana kita takutkan pada sesuatu. Ini kerana pada akhirnya apa yang ditakutkan sangat itu tidak menjadi seperti apa yang difikirkan.

Paling penting, jangan sebarkan dakyah yang belum tentu betul pun dengan menakutkan orang lain. Bahaya!

Baca juga: Mommy Jangan Stres Sangat…Guna 10 Teknik Pakar Kongsi Ini Supaya Anak SUKA Makan!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×