Asuh

Si Ayah Asyik Buat 8 Perkara Ini Sampai Jadi Punca Anak Takut & Menjauh, Jangan Biar!

2
SHARES
KASIH AYAH

Perasan atau tidak, apabila anak menangis mesti ibu akan datang pujuk dan ayah hanya tengok sahaja? Hal ini boleh menyebabkan, hubungan anak dan ayah menjadi renggang. Secara tak langsung, kasih ayah yang tak cukup mengakibatkan anak tidak mahu dijaga olehnya.

Jadi, pastikan 8 perkara di bawah ini tidak dilakukan oleh si bapa supaya anak tidak menjauhkan diri dan ‘takut’. Jom baca!

Baca juga: Cek Perut & Cek Kepala Baby, Ibu Ini 8 Pemeriksaan Untuk Baby Baru Lahir, Take Note!

KASIH AYAH TAK CUKUP PUNCA ANAK MENJAUH

KASIH AYAH

1. Tak pernah tukar lampin

Nampak macam perkara biasa tapi sebenarnya kalau ayah tak pernah menukar lampin anak, ini boleh membuatkan si kecil tidak berminat dan tiada hubungan yang rapat.

Jadi, pastikan ayah di luar sana sentiasa tukar lampin anak supaya makin mendekat.

2. Jarang jaga baby

Perkara ini sering diabaikan oleh ayah kerana beranggapan si ibu boleh menjaga bayi sendirian. Jangan sesekali berfikiran begitu kerana ini boleh menyebabkan anak tidak mengenali ayah.

3. Bayi tidak kenal bau papa

Antara punca anak menjauh adalah tidak kenal bau ayah. Ini bermakna si ayah sering menghilang dan tidak mengambil peluang untuk menjaga si kecil.

4. Tak buat eye contact dengan bayi

Bila bercakap dengan anak, pastikan tiada gangguan lain disekeliling. Minta mereka berhenti membuat perkara lain dan pastikan ada eye contact antara ayah dan anak.

5. Tak kenal wajah ayah

Seterusnya, punca bayi tak nak dekat ayah adalah kerana tidak kenal wajah ayah. Oleh itu, dinasihatkan agar sentiasa bersama mereka supaya hubungan lebih akrab dan anak suka ketika dibawah jagaan ayah.

6. Suka tinggikan suara

Bila anak tak dengar cakap, ramai ayah yang akan meninggikan suara kerana terlalu geram. Walau bagaimanapun, cara ini akan membuatkan anak semakin takut dan tidak mempunyai hubungan rapat. Kajian juga mendapati bahawa meninggikan suara berisiko akan menyebabkan ayah memukul anak.

7. Jarang bercakap dengan baby

Kalau asyik main telefon dan tak bercakap dengan bayi, ini boleh mengakibatkan si manja tidak mahu dijaga oleh ayah.

8. Jarang dukung anak

Kasih ayah yang kurang boleh menyebabkan anak menjauh. Jalan paling mudah adalah sentiasa ambil peluang untuk mendukung si kecil.

Ingat ayah-ayah di luar sana, jangan buat 8 perkara di atas kalau sayang anak.

Baca juga: Mommy Jangan Stres Sangat…Guna 10 Teknik Pakar Kongsi Ini Supaya Anak SUKA Makan!

Sumber: Facebook MOMO & Edarabia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×