40 Minggu

Cek Perut & Cek Kepala Baby, Ibu Ini 8 Pemeriksaan Untuk Baby Baru Lahir, Take Note!

18
SHARES
PEMERIKSAAN BAYI BARU LAHIR

Setelah selamat dilahirkan, pemeriksaan bayi baru lahir akan dilakukan oleh doktor untuk memastikan keadaan si kecil normal atau sebaliknya.

Pemeriksaan ini juga membolehkan ibu ayah untuk mengetahui dengan lebih cepat sekiranya terdapat gangguan atau sebarang masalah.

JENIS PEMERIKSAAN BAYI BARU LAHIR, AMBIL TAHU

PEMERIKSAAN BAYI BARU LAHIR

Berikut merupakan 8 jenis pemeriksaan bayi baru lahir:

1. Buat pemeriksaan APGAR

Ujian ini bertujuan untuk memeriksa lima bahagian badan si kecil. APGAR adalah singkatan bagi setiap pemeriksaan yang dilakukan.

Appearance: Warna kulit bayi kelabu atau kebiruan.

Pulse: Denyut jantung bayi di atas 100 denyut per minit, di bawah 100 denyut per minit atau tidak ada.

Grimace: Bayi ada menangis atau batuk tak?

Activity: Otot si kecil berfungsi dengan baik atau tidak.

Reflex: Bayi bernafas dengan kuat atau perlahan.

2. Pemeriksaan kulit

Pemeriksaan bayi baru lahir yang seterusnya adalah kulit. Ramai bayi mengalami ruam selepas kelahiran. Ruam ini dipanggil erythema toxicum yang menyebabkan tompok kemerah-merahan dan benjolan putih.

Masalah ini tidak mendatangkan bahaya dan akan hilang dalam 7 hingga 14 hari.

3. Pemeriksaan bayi baru lahir – kepala dan leher

Seterusnya, doktor juga akan melakukan pemeriksaan di bahagian kepala, muka dan leher bayi untuk melihat sebarang kelainan. Pemeriksaan telinga juga akan dilakukan untuk memerhatikan bentuk. Sekiranya telinga rendah atau bentuk yang berbeza ia mungkin akan disebabkan oleh gangguan genetik atau masalah pendengaran.

Bahagian leher diperiksa untuk memastikan tiada sebarang bengkak.

PEMERIKSAAN BAYI BARU LAHIR

4. Pemeriksaan mulut

Pemeriksaan ke atas mulut seperti sumbing bibir, lelangit dan gigi akan dilakukan. Doktor juga akan memeriksa sama ada bayi baru lahir mempunyai epulis (ketumbuhan bukan kanser pada gusi) kerana ketumbuhan ini boleh menyebabkan masalah penyusuan dan boleh menghalang saluran pernafasan.

5. Jantung & paru-paru 

Doktor akan menggunakan stetoskop untuk mendengar jantung dan paru-paru. Pemeriksaan bayi baru lahir ini dilakukan untuk mendengar bunyi jantung normal atau tidak.

Sekiranya terdapat warna biru pada muka dan bahagian tubuh, itu mungkin disebabkan oleh penyakit jantung.

6. Pemeriksaan bayi baru lahir – perut 

Pemeriksaan umum akan dilakukan di bahagian perut dan alat kelamin bayi. Ini untuk memastikan saiz, bentuk dan kedudukan organ dalaman dalam keadaan baik.

7.  Alat kelamin

Pemeriksaan alat kelamin ke atas kanak-kanak lelaki untuk memastikan testis ada di dalam skrotum. Kanak-kanak perempuan pula, labia akan sedikit menonjol kerana terdedah kepada hormon ibu.

Doktor juga akan memeriksa dubur untuk memastikan lubang tidak tertutup rapat.

8. Pemeriksaan bayi baru lahir – otot dan tulang

Akhir sekali, pemeriksaan ke atas tangan, kaki dan pinggul akan dilakukan untuk memastikan tulang tidak patah semasa proses bersalin. Tulang belakang akan diperiksa untuk kecacatan seperti spina bifida.

Ke semua pemeriksaan ini akan dilakukan maksimum 72 jam selepas bayi dilahirkan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Pertama Kali Bergelar Mommy Daddy, Ini Cara Daftar Nama Anak Di JPN. Jangan Lambat!

Sumber: MSD Manual & Orami

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×