Famili

Baru Dapat Bayi Perempuan? Ini Cara Mencuci Kemaluan Si Kecil, Baru Betul-Betul Bersih!

1
SHARES
cara bersihkan kemaluan bayi

Kemaluan bayi perempuan sangat sensitif dan perlu berhati-hati membersihkannya. Untuk ibu bapa yang mempunyai bayi perempuan, cara bersihkan kemaluan dengan betul perlu diambil tahu supaya dapat mencegah jangkitan kuman.

Selain mencucinya menggunakan air sahaja, ada beberapa cara lain ibu ayah boleh cuba untuk bersihkan kemaluan bayi perempuan. Kalau salah cara, boleh luka. Kan dah bahaya tu.

Baca juga: Ramai Ibu Bapa Silap Mendidik Anak, Cuba Semak 10 Tips Ini, Terutama Yang No 5. Itu!

CARA BERSIHKAN KEMALUAN BAYI PEREMPUAN, PENTING!

cara bersihkan kemaluan bayi

Krim lampin, peluh dan benda lain boleh berkumpul sekitar kemaluan bayi perempuan. Tetapi secara umum, ibu perlu membersihkan di dalam dan sekitar bibir faraj hanya untuk menghilangkan kesan najis.

Untuk membersihkannya, ibu boleh basahkan bebola kapas menggunakan air suam, kemudian pegang kaki bayi dan lap. Mulakan di hadapan dan lap perlahan-lahan ke belakang. Gunakan bola kapas baru jika perlu mengelap semula. Keringkan bahagian kemaluan bayi dengan menepuk perlahan menggunakan tuala.

Jangan sesekali gunakan deodoran faraj atau douch kerana bahan kimia akan meningkatkan risiko jangkitan pada faraj bayi. Perkara biasa bagi bayi perempuan mengalami keputihan berdarah dalam beberapa minggu pertama selepas kelahiran. Ini adalah tindak balas bayi terhadap hormon ibu, yang masih berada di dalam badan bayi.

cara bersihkan kemaluan bayi

Selain itu, boleh tambah sedikit sabun mandi bayi bebas pewangi dan bebas alkohol untuk membersihkan kemaluan bayi tapi pastikan sabun mandi bayi tersebut dicampur sedikit air terlebih dahulu.

Jangan terus sapu pada tubuh bayi dan semasa menukar lampin, teknik lap dari depan ke belakang akan membantu menghalang bakteria berpindah dari bahagian bawah bayi anda ke faraj atau uretranya, dan menyebabkan jangkitan.

Jika lampin bayi sangat kotor dan najis melekat pada bibir faraj (labia)), lakukan perkara berikut:

– Dengan jari yang bersih, bersihkan bibir faraj bayi dengan lembut dan perlahan.

– Gunakan pad kapas lembap atau tisu basah bayi bebas pewangi untuk membersihkan kemaluan bayi dari depan ke belakang.

Jika bayi buang air besar sebelum mandi, bersihkan kemaluan dan bahagian punggung sebelum memasukkannya ke dalam air. Ketika mandikannya, gunakan air dan siram sekeliling sebelum mencuci punggung bayi menggunakan span atau kain.

cara bersihkan kemaluan bayi

Untuk mengelakkan punggung dan kemaluan bayi luka, jangan gosok terlalu kuat. Sebaiknya gunakan teknik tepuk untuk mengeringkan kulit.

Jika kulit di bahagian bayi kering, boleh tambah emolien mandian ke dalam air ketika mandi. Namun, berhati-hatilah, kerana ia boleh menyebabkan licin dan sedikit sukar untuk dikendalikan.

Sumber: Raising Children & Baby Centre

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×