Famili

[VIDEO] Gara-Gara Suka Main Tarik Rambut, Ibu Terpaksa Botakkan Bayi Kembarnya

5
SHARES

Telatah anak kecil memang tidak dapat diduga dan biasanya tindakan mereka mampu menghiburkan hati orang sekeliling melihatnya. Ada juga telatah yang tidak disangka-sangka seperti perkongsian video berdurasi 45 saat dimuat naik oleh Al Badri di laman Twitter memaparkan dua bayi kembar saling tarik-menarik rambut sesama mereka.

Baca juga: Wanita Muat Naik Gambar Di Facebook, Sanggup Pura-Pura Mati Sebab Taknak Bayar Hutang

GARA-GARA SUKA MAIN TARIK RAMBUT, IBU TERPAKSA BOTAKKAN BAYI KEMBAR

Akibat gemar menarik rambut, si ibu mengambil keputusan untuk membotakkan kepala dua bayi kembar perempuannya itu agar tabiat tersebut berhenti dan tidak mencederakan diri mereka.

“Cuba letak banyak minyak rambut tetapi tidak berjaya. Satu-satunya penyelesaian yang boleh kami fikirkan dan ia nampaknya berkesan,” ujar ibu bayi kembar itu menerusi video berkenaan.

Si ibu terhibur melihat gelagat bayinya yang tidak dapat menarik rambut sesama mereka dan itu merupakan keputusan paling sukar yang terpaksa dilakukan.

Video tersebut sudah tentunya mendapat perhatian warganet dan rata-rata mereka terhibur melihat gelagat dua-beradik kembar tersebut.  Video itu meraih sebanyak 17,700 retweet, 33,000 likes dan 1,000,000 tontonan.

Sumber: Twitter Al Badri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×