Kini Trending

Wanita Muat Naik Gambar Di Facebook, Sanggup Pura-Pura Mati Sebab Taknak Bayar Hutang

3
SHARES

Seorang wanita dari Medan, wilayah Sumatera Utara dikenali sebagai L sanggup berpura-pura mati kerana tidak mahu melangsaikan hutangnya. L difahamkan memuat naik hantaran menerusi akaun Facebook anaknya yang menyatakan dia sudah meninggal dunia.

Baca juga: [VIDEO] Isteri Sanggup Gendong Suami Naik Turun Tingkat 4 Demi Rawatan

MUAT NAIK DI FACEBOOK, SANGGUP PURA-PURA MATI

Menerusi hantaran itu, dapat dilihat beberapa gambar menunjukkan dirinya yang sudah menjadi ‘jenazah’ dan dibalut dengan kain kafan. Hantaran tersebut menjelaskan L meninggal dunia kerana kemalangan dan akan dikebumikan di Aceh.

Menurut si pemiutang, Maya Gunawan, dia sudah beberapa kali meminta agar L membayar hutangnya namun, wanita itu menjelaskan dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk melunaskan hutang.

Pada mulanya L berjanji akan membayar hutang pada 20 November lalu tetapi gagal dan meminta memanjangkan tempoh sehingga 6 Disember lalu.

Selepas gagal membuat bayaran, L bertindak memuat naik hantaran menggunakan akaun Facebook anaknya dengan memberitahu dia telah meninggal dunia.

Walau bagaimanapun, si anak tampil mendedahkan perkara tersebut dan memberitahu ibunya masih hidup. Dia bertindak sedemkian kerana tidak mahu membayar hutang dan meminta agar perbuatan ibunya dimaafkan.

Sumber: Detik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×