Famili

[VIDEO] Isteri Sanggup Gendong Suami Naik Turun Tingkat 4 Demi Rawatan

66
SHARES

Perkongsian Lembaga Zakat Selangor (LZS)  mengundang sebak warganet apabila pengorbanan seorang isteri menggendong suaminya yang sakit menggunakan tangga dari tingkat empat rumah mereka untuk dibawa ke Hospital Serdang.

Wanita yang dikenali sebagai Nik Junainah merupakan seorang guru agama dan mempunyai dua orang cahaya mata yang masih bersekolah.

Baca juga: Berhenti Kerja Pejabat & Jadi Tukang Cuci, Wanita Ini Berjaya Beli 2 Buah Rumah!

ISTERI SANGGUP GENDONG SUAMI NAIK TURUN TINGKAT 4 DEMI RAWATAN

Meskipun bekerja sebagai seorang guru, Nik tidak pernah lupa tanggungjawab terhadap suaminya yang mengidap masalah kulit Psoriasis, sendi dan hati sejak 12 tahun lalu.

“Seorang isteri yang taat pada suami tercinta, berkongsi diwaktu susah dan sukar. Walau dalam situasi seorang yang berkerjaya sebagai seorang guru agama, namun tanggungjawab utamanya terhadap suami tetap dijalankan,” tulis Lembaga Zakat Selangor.

Pendapatan sebagai guru digunakan untuk membiayai pinjaman perumahan, rawatan dan keperluan harian. Hasil siasatan Lembaga Zakat Selangor, keluarga tersebut layak didaftarkan sebagai asnaf miskin dan akan diberi bantuan keawangan, ansuran rumah dan bantuan perubatan bulanan rawatan.

“Hasil siasatan Zakat Selangor, keluarga ini layak didaftarkan sebagai asnaf miskin. InshaAllah, mereka akan dibantu dengan bantuan kewangan, ansuran rumah serta bantuan perubatan bulanan untuk rawatan penyakit yang dihadapi. Kerusi roda serta katil khas juga akan diberikan kepada suaminya,” jelasnya.

Nik Junainah meluahkan rasa syukur kerana ada pihak yang sanggup menolong dan menghulurkan bantuan kepada keluarganya.

“Saya sebolehnya tak nak meminta, walaupun terasa perit, saya masih mampu untuk menguruskan. Bukan saya sombong, tapi sebenarnya saya malu,” katanya.

Sumber: Facebook Lembaga Zakat Selangor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×