Asuh

Bahaya Sapu Bedak Di Muka Bayi, Risiko Jangkitan Paru-Paru!

42
SHARES

Sudah terbiasa sejak dari kecil, pasti mak-mak akan sapukan bedak kepada anak-anak khususnya bayi sesudah mandi bukan? Maklumlah, letak bedak ini bertujuan untuk anak-anak lebih wangi dan sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang menyukai bau berkenaan.

Namun, rupanya tindakan meletak bedak talkum di muka bayi sebenarnya boleh meningkatkan risiko sesak nafas dan jangkitan paru-paru yang serius dalam kalangan bayi! Kena stop letak bedak dekat anak-anak kecil dah selepas ini. Jom kita baca penjelasan dari pakar.

SAPU BEDAK TALKUM DI MUKA BAYI, RISIKO JANGKITAN PARU-PARU!

Kalau korang jenis yang suka sapukan bedak talkum kat muka anak lepas mandi, tolong hentikan terus tabiat tu lepas baca apa yang saya tulis ni. Dulu saya pun ada jugak perangai sama macam tu. Cuma bila terbaca amaran daripada American Academy of Paediatric tentang bahaya perbuatan tu, terus saya stop serta merta.

Rupanya doktor pakar kanak-kanak dah bagitau lama dah pasal benda ni. Even kes baby mati akibat masalah pernafasan yang berpunca dari debu bedak ni dah dilaporkan sejak awal tahun 60-an lagi. Partikel bedak talcum tu kan halus sangat-sangat. Bila kita sapu kat anak, risiko memang tinggi untuk anak kita terhidu lalu berterusan masuk ke dalam salur pernafasan. Akhirnya boleh sampai ke paru-paru si comel kita hingga menyebabkan dia sering terbatuk, sesak nafas dan akhirnya mengalami jangkitan paru-paru yang serius (talcum powder poisoning)!

Menurut American Academy of Paediatric jugak, sedikit debu talkum pun cukup bahaya serta mampu merosakkan salur pernafasan bayi yang kecil. Mintak tolong ya mak ayah sekalian. Janganlah duk seronok nak pakaikan bedak talkum ni pada anak kecil. Lagi-lagi bayi yang berisiko dan mempunyai sistem pernafasan sensitif seperti bayi pramatang, anak yang menghidap sakit jantung dan mempunyai breathing problem sejak lahir.

Tak apalah kalau anak kita nampak comot sikit, tak berbedak wangi macam anak orang lain. Asalkan kesihatan dia tak terganggu. Tolong sebarkan #info ni pada mak ayah yang belum tahu ye. Saya ni sampai sekarang masih duk rasa bersalah kat anak saya sebab saya pernah terbuat benda yang bahayakan kesihatan dia ni.

Panduan memilih produk penjagaan bayi

Produk penjagaan diri bayi yang sering digunakan adalah seperti bedak, losen, minyak urut, dan tisu basah. Selain itu, antara produk lain yang perlu diberi perhatian ialah barangan mandian bayi seperti syampu, sabun badan, pencuci baju dan sebagainya.

1.Bedak

Elakkan menggunakan bedak yang mengandungi talkum atau karsinogen dan carilah bedak yang diperbuat daripada mineral semula jadi dan tanah liat atau tepung jagung.

2.Losen

Jika anda berhasrat untuk memakaikan bayi anda losen, ketahui tujuan anda ingin memakaikan losen pada bayi. Adakah untuk melembapkan kulit bayi atau sebagai pelindung cahaya matahari atau pencegah serangga atau mengubati ruam lampin? Selain itu, pilih losen yang bertindak lembut pada kulit bayi. Kenal pasti kandungan bahan asli yang berkualiti yang dapat melindungi kulit bayi anda. Pilih juga losen yang bebas wangian.

3.Minyak urut

Minyak urut adalah salah satu produk yang perlu ada di rumah. Selain bertujuan untuk mengelakkan kembung perut bayi, minyak urut juga dapat merapatkan jalinan ikatan antara ibu dan bayi. Sesi mengurut bayi sebaik-baiknya dilakukan selepas waktu mandi atau sebelum bayi tidur. Ada minyak urut yang berfungsi untuk melegakan ruam lampin dan menghalang ruam baru daripada tumbuh. Pilih minyak urut yang mengandungi minyak lavender atau rosmeri yang berfungsi untuk memelihara kulit dan melawan bakteria. Selain itu, gabungan dua minyak ini juga boleh memudahkan minyak meresap ke dalam kulit dan mengekalkan lembapan supaya kulit kekal halus dan lembut.

4.Pelindung matahari

Ada ibu bapa yang menggunakan pelindung matahari untuk bayi khususnya jika membawa bayi keluar dari rumah. Walau bagaimanapun, lazimnya pelindung matahari ini dibuat khas untuk bayi seawal usia 6 bulan dan ke atas. Carilah pelindung matahari yang diformulasikan khusus untuk bayi. Kandungannya pula perlulah tidak berminyak atau menyebabkan iritasi pada kulit si manja. Selain itu, pilihlah pelindung matahari yang bersifat bukan-comedogenic (tidak menghalang pori).

5.Syampu

Carilah syampu yang mengandungi emolien yang bertujuan melembapkan kulit kepala bayi, menghalang keguguran rambut di samping merangsang pertumbuhan rambut baru.

6.Pencuci baju / detergen

Pencuci baju atau sabun basuh/ detergen untuk mencuci pakaian bayi perlulah tidak mengandungi bahan kimia. Bayi selalunya mengalami ruam-ruam kecil di sekeliling leher, pergelangan tangan dan beberapa bahagian pada badan. Antara punca ruam pada bayi adalah disebabkan kandungan bahan kimia yang ada dalam sabun pencuci pakaian mereka.

Sumber: Dr. Ahmad Luqman Bukhari, Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×