Asuh

9 Tanda Bahaya Boleh Jadi Kepada Bayi Baru Lahir, Nampak Normal Tapi Tak…

2
SHARES
BAYI BARU LAHIR

Bakal ibu di luar sana yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata, perlu mengetahui beberapa tanda bahaya boleh terjadi kepada bayi baru lahir.

Sembilan tanda di bawah ini perlu diketahui agar boleh dirawat segera oleh doktor. Jangan sesekali ambil ringan demi keselematan si manja.

Baca juga: Jangan Marah Kalau Anak Tak Tahu Tolak/Tambah Dalam Matematik, Cuba Sistem Pranombor Ini

TANDA BAHAYA PADA BAYI BARU LAHIR, TAKE NOTE YA

BAYI BARU LAHIR

1. Tak boleh buang air besar

Tidak boleh membuang air besar selepas 24 jam dibawa pulang ke rumah, merupakan tanda bahaya pada bayi baru lahir. Hal ini boleh berlaku disebabkan masalah usus tersumbat atau dubur kurang berkembang.

Jika bayi menyusu dengan baik, najis akan bertukar warna daripada hitam kepada hijau tua. Sementara itu, bayi yang diberi susu formula mungkin mempunyai najis yang lebih cair dan berwarna kuning atau coklat.

2. Sesak nafas

Tanda bahaya pada lahir baru lahir yang seterusnya adalah sesak nafas. Kekerapan pernafasan bayi secara amnya lebih cepat daripada orang dewasa, iaitu sekitar 40-60 kali seminit.

Jika bayi bernafas kurang daripada 40 kali seminit atau lebih daripada 60 kali seminit, ini bermakna mereka mungkin ada masalah kesihatan. Sekiranya keadaan ini berlaku, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan segera.

3. Tali pusat kemerahan

Tali pusat bayi yang kemerahan boleh menjadi tanda jangkitan. Semasa menjaga tali pusat bayi, anda perlu memastikan ia kekal kering dan bersih.

Hujung tali pusat akan kering dan gugur dalam tempoh satu hingga tiga minggu selepas kelahiran. Semasa proses penyembuhan, mungkin terdapat sedikit darah berhampiran tali pusat. Namun sekiranya darah terlalu banyak, anda perlu segera membawa si kecil berjumpa doktor.

4. Kerap menangis

Bayi yang baru lahir sudah tentu tidak dapat meluahkan apa yang mereka rasa. Jika anda mendapati si manja kerap menangis berterusan walaupun sedang diberi susu, pasti ada sesuatu yang tidak kena.

5. Mata bernanah

Mata bernanah pada bayi baru lahir boleh menjadi tanda jangkitan yang berpunca daripada proses kelahiran. Jika si manja mengalami perkara ini, amma boleh bertindak dengan membersihkan mata bayi menggunakan kapas dan air suam.

6. Bayi alami kuning

Jika jaundis bayi berlaku kurang dari 24 jam selepas lahir atau lebih 14 hari selepas kelahiran, ini boleh menjadi simptom demam kuning.

7. Kulit bayi jadi biru dan lebam

Bayi yang baru lahir mungkin menunjukkan tangan dan kaki yang sedikit kebiruan jika mereka berasa sejuk. Walau bagaimanapun, jika kulit berterusan biru sehingga menyebabkan sukar bernafas, itu merupakan tanda bahaya yang ibu ayah perlu tahu.

8. Kekejangan

Jika sawan bayi disebabkan oleh demam, anda boleh memberi ubat penurun demam mengikut sukatan yang disyorkan doktor.

Namun, jika keadaan bayi mengalami sawan tetapi tidak disebabkan oleh demam, anda perlu segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

9. Bayi tak mahu menyusu

Tanda bahaya pada bayi baru lahir adalah tidak mahu menyusu. Perkara ini boleh menyebabkan mereka lemah kerana mengalami dehidrasi teruk.

Jadi, sekiranya bayi anda ada tanda-tanda di atas, jangan biarkan!

Baca juga: Idea Menu Pantang Untuk Anak Bersunat, Jangan Bagi Yang Bukan-Bukan!

Sumber: Pop Mama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×