Asuh

Bagi Anak Minum Air Bacaan Doa Ini Supaya Terang Hati Dan Kekal Cerdas

27
SHARES
TIPS ANAK PINTAR

Tips anak pintar dan cerdas bukan hanya tertakluk kepada pendidikan mereka sahaja. Ibu bapa juga perlu usaha dan berdoa mereka agar diterangi hati dan sebagainya.

Antara cara yang boleh dicuba adalah dengan memberi air bacaan surah al-Kahfi seperti perkongsian di bawah. Air ini boleh dibuat sendiri oleh ibu bapa.

Baca juga: Baru Tahu Jangan Sapu Air Bila Anak Kena Sawan Demam, Guna 6 Cara Ini Untuk Redakan

TIPS ANAK PINTAR & CERDAS, IBU AYAH BOLEH BAGI AIR INI

TIPS ANAK PINTAR

Bagi anak-anak minum air yang telah didoakan. Masyarakat Melayu kita kata air jampi. Tapi saya selesa sebut air yang didoakan. Anda tak perlu hantar air kepada ustaz-ustaz, tapi ibu atau bapa boleh buat sendiri.

Ini caranya:

– Sediakan 1 botol air untuk setiap orang anak. Kalau 2 anak, 2 botol dan seterusnya.

– Baca ayat 19 daripada surah al-Kahfi. Berhenti pada perkataan “walyatalattof…” dan niatkan

“Ya Allah, terangkan hati anakku xxxx sebagaimana matahari menerangi alam.” Kemudian terus sambung sampai habis. Dah habis tu, tarik nafas sikit dan hembus dalam air yang disediakan.

TIPS ANAK PINTAR

– Pastikan masa anda baca, botol dibuka tutupnya. Buat bacaan sebanyak tiga kali.

Bila masa yang sesuai buat ni? Untuk 1 botol yang lengkap, anda perlu buat pada selepas solat maghrib malam Jumaat, solat isyak malam Jumaat dan solat subuh pagi Jumaat.

Bila dah siap boleh bagi anak-anak minum. Anda boleh buat tiap minggu, atau bila-bila perlu kalau-kalau air dah habis. InsyaAllah ini ikhtiar yang boleh kita lakukan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: 10 Senarai Doa Untuk Anak, Pendek Dan Senang Nak Hafal. Boleh Baca Setiap Hari

Sumber: Facebook Mohd Nizam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×