Asuh

Setiap Tahap Usia Ada Kemahiran Menulis Yang Berbeza-Beza, Cuba Ibu Ayah Check

30
SHARES
KEMAHIRAN MENULIS KANAK KANAK

Kemahiran menulis kanak kanak memainkan peranan penting kerana kemahiran ini akan digunakan sehingga akhir hayat. Kecekapan menulis perlu dikuasai untuk mengelakkan sebarang kesukaran ketika berada di sekolah.

Berikut kami kongsikan kemahiran menulis kanak kanak mengikut usia mereka. Ibu bapa di luar sana perlu ambil berat tentang hal ini. Jangan dibiarkan sekiranya anak tidak minat memegang pensel.

Baca juga: Bukan Semua Kicap Bagus Untuk Si Kecil, Ini Senarai Kicap Sesuai Untuk Anak

KEMAHIRAN MENULIS KANAK KANAK MENGIKUT USIA

KEMAHIRAN MENULIS KANAK KANAK

Cara memegang pensel adalah sesuatu yang sangat penting untuk perkembangan optimal kanak-kanak. Cara pegang pensel yang salah akan mengakibatkan masalah seperti berikut:

  • Tak sempat tulis jawapan
  • Tak sempat salin nota
  • Cepat penat menulis
  • Tulisan sukar dibaca
  • Hilang minat belajar

Masalah di atas boleh menyebabkan proses pembelajaran terganggu. Jadi, tugas ibu bapa perlulah peka dengan perkembangan kemahiran menulis si kecil sejak berusia 1 tahun.

Berikut kami kongsikan panduannya di bawah:

Usia 12 – 18 bulan

Ketika usia ini, mereka suka meniru apa yang ditulis atau dilukis oleh orang sekeliling. Selain melukis di atas kertas, si manja juga akan mula menconteng dinding.

Usia 19 – 25 bulan

Walaupun pada usia ini anak masih belum boleh menulis nombor dan huruf tetapi mereka akan mula melukis. Lukisan garisan mula dapat dilukis walaupun tidak lurus.

Umur 29 – 30 bulan

Umur 29-30 bulan mereka lebih berminat untuk melakukan mewarna dan melukis. Sekiranya kanak-kanak usia 3 tahun tidak mahu menconteng kertas, melukis dan sebagainya, ibu dinasihatkan untuk membawa mereka bertemu pakar.

Umur 31 – 36 bulan

Pada usia 2.5 tahun, kanak-kanak sudah boleh memegang pensel secara stabil. Menurut pakar perkembangan kanak-kanak dari Amerika Syarikat Nina Lief, ketika usia ini, mereka sudah boleh menguasai pergerakan naik dan turun yang diperlukan untuk membuat huruf V.

Jadi, ibu bapa di luar sana boleh jadikan panduan di atas untuk melihat perkembangan anak dalam menulis, membuat garisan dan melukis.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tahap Fokus Anak Mengikut Umur, Jangan Terkejut Kalau Si Kecil Asyik Tak Duduk Diam

Sumber: Orami

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×