Didik

Mak Ayah Kena Buat 8 Readylist Ini Supaya Anak Boleh Survive Dalam Kelas Di Sekolah Nanti

20
SHARES
anak sekolah

Nampaknya musim persekolahan untuk tahun 2023 bakal bermula tidak lama lagi. Buat mak ayah yang mempunyai anak-anak yang bakal menjejakkan kaki pertama kali ke alam persekolahan, tidak kira sekolah rendah atau tadika, pasti telah menyiapkan banyak benda. Hal ini juga termasuklah persiapan dari segi kemahiran asas dan pelajaran supaya anak-anak tidak ‘blur’ dan ketinggalan dalam kelas.

Berikut merupakan 8 readylist yang mak ayah kena semak seawal umur 4 tahun supaya anak-anak tidak perlu bergelut dan boleh survive ketika dalam kelas di alam persekolahan nanti. Boleh score cemerlang!

Baca juga: 8 Channel Youtube Yang Bagus Untuk Tontonan Anak, Mak Ayah Pun Suka!

READYLIST UNTUK MAK AYAH SEMAK SUPAYA ANAK BOLEH SURVIVE DALAM KELAS

Readylist ni penting supaya anak boleh survive & tak bergelut di dalam kelas nanti. Ibu ayah boleh semak seawal usia 4 tahun lagi, jangan lambat..

1. Anak kenal tak sekurangnya 6 warna

Umur 4-5 tahun anak sepatutnya dah boleh kenal & ingat warna primer seperti merah, biru, kuning, hijau, oren dan ungu. Penting sebab dari kenal warna ini boleh bantu kita kesan anak ada masalah buta warna atau tidak. Jangan terkejut ramai sebenarnya yang buat warna.

2. Anak mampu mewarna gambar bersaiz kecil

Daripada aktiviti mewarna ni kita boleh tengok anak tu ada masalah fokus atau tidak.
Jika warna terkeluar border sikit sikit tu ok lagi tetapi jika yang terkeluar tu lebih setengah inci jaraknya kena cepat cepat guide anak tu.

3. Anak boleh memadan gambar / bentuk sama.

Cuba dapatkan buku aktiviti seperti memadankan gambar atau bentuk sama ni. Lihat anak mampu buat atau tidak.
Jika dia tak mampu padankan, ada risiko besar kemahiran VP ( Visual Perception ) anak lemah. Kemahiran VP ni besar impaknya di dalam proses belajar nanti. Dengan VP ni la penentu anak cepat atau lambat faham apa cikgu ajar di kelas.

4. Anak boleh tak tulis nama sendiri

Apa tanda anak dah mampu menulis ialah bila dia boleh tulis nama sendiri. Mudah je tapi ramai lagi murid darjah 1 yang tak boleh buat. Selain itu untuk survive di dalam kelas anak perlu tahu nama sendiri, kerana apa-apa nanti cikgu akan panggil nama sahaja. Jadi kena alert dengan nama sendiri.

5. Anak dah kenal sekurangnya 4 bentuk

Sebenarnya seawal 4 tahun lagi anak dah patut kenal 4 bentuk at least. Segiempat, segitiga, bulatan & bintang contohnya. Dari kenal bentuk ni kemahiran visual memory anak akan di asah. Lepas dah kenal baru anak boleh untuk melukis bentuk tersebut. Visual memory penting juga di darjah 1 kerana banyak gambar, objek & bentuk yang akan di gunakan dalam p&p nanti.

6. Anak boleh kira sekurangnya 1-20

Ini asas dalam matematik. 1-20 adalah keperluan minima murid darjah 1 kena kuasai. Dapat lebih bagus tapi jika kurang maknanya anak tak capai standard paling minima.Baru kenal nombor ni, belum masuk operasi tambah tolak lagi. Lebih baik capai usia 6 tahun anak dah boleh kira 1-100.

7 Anak mampu duduk diam 6-12 minit minima

Apabila masuk ke sekolah anak anak perlu mampu untuk fokus & duduk diam ketika proses p&p berlangsung. Jika ikut umur purata attention span normal murid darjah 1 ialah 10 – 14 minit, ini asas jika nak duduk diam dan fokus belajar.

Kesemua Readylist ni bukan self-learned skills. Kita kena bimbing & praktis dengan anak seawal usia 2-4 tahun lagi. Ikut kemampuan. Lagi awal lagi bagus. Saya cadangkan tuan puan yang nak beri anak buat latihan yang praktikal, lengkap & straight forward untuk bentuk kemahiran belajar anak boleh cuba Kit Sukses saya ni. Ditulis oleh pakar berpengalaman dalam pendidikan awal kanak-kanak selama 13 tahun, dan sudah di gunakan di 3 buah sekolah juga. Proven berkesan!

Pelaburan terbaik adalah pada didikan anak di usia emas ( golden age ) 0-6 tahun ni la.. 91% kepandaian dia di bentuk pada ketika ini..

8. Kemahiran urus diri pun super duper penting bila dah masuk sekolah

Antaranya ialah :

– guna toilet sendiri

– tidak memilih makanan

– makan sendiri

– berkomunikasi

– boleh ikut arahan

– belajar sendiri

– penjagaan diri

– berkawan

Nampak remeh tapi kemahiran ni semua jadi penentu anak boleh survive atau tidak di sekolah nanti..

Sumber: Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×