Asuh

Ibu Ayah Pesan Pada Anak, Jangan Gurau Main Tarik Kerusi, Boleh Buat Lumpuh Seumur Hidup!

3
SHARES
buli di sekolah

Ibu bapa, pesanlah kepada anak-anak agar jangan menarik atau mengalihkan kerusi ketika seseorang hendak duduk. Gurauan ini ibarat buli di sekolah dan boleh mendatangkan mudarat besar kepada mangsa.

Menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, sepanjang beliau berkhidmat sebgai doktor rehabilitasi, banyak kes kelumpuhan kerana gurauan menarik kerusi ini dan kebanyakan kes melibatkan kanak-kanak.

Baca juga: Tak Payah Beli Mahal-Mahal, Ini Cara DIY Sticker Anak Guna Baking Paper Je

BULI DI SEKOLAH PERLU DIELAKKAN, JANGAN GURAU MACAM NI

buli di sekolah

Apabila kerusi ditarik, mangsa akan jatuh dalam keadaan terduduk. Ini boleh menyebabkan kecederaan tulang belakang dan saraf tunjang. Ia boleh menyebabkan ketidakupayaan yang kritikal.

Kecederaan pada tukang belakang dan saraf tunjang boleh menyebabkan gejala-gejala berikut:

Gejala di atas akan mengakibatkan pesakit tidak boleh berjalan, terpaksa memakai lampin, perlu memakai tiub kencing, bergantung pada ubat tahan sakit, dan berkemungkinan terlantar.

buli di sekolah

Gelaja-gejala ini ada kalanya bersifat sementara, tetapi ada kalanya bersifat kekal. Semakin lama gejala ini berlaku, maka kebarangkalian berlaku komplikasi serius juga meningkat.

Antara komplikasi serius yang boleh berlaku adalah:

  • Kekejangan (spasm)
  • Kekejungan (contracture)
  • Otot mengecil (muscle wasting)
  • Luka tekanan (pressure sore)

Jika kecederaan agak parah, maka rawatan yang perlu dijalankan akan memerlukan kos tinggi dan masa yang panjang. Boleh cecah ratusan ribu ringgit, dan bertahun-tahun lamanya.

Kecederaan akibat gurauan sebegini adalah sesuatu yang perlu dielakkan. Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak daripada melakukan gurauan itu.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Kredit gambar: Mstar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×