Sihat

Kena Tahu Cara CPR Yang Betul Kalau Nak Selamatkan Nyawa Orang Tersayang

46
SHARES
CARA CPR YANG BETUL

Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) adalah kaedah rawatan pemulihan sistem jantung dan paru-paru. Cara CPR yang betul boleh membantu menyelamatkan nyawa seseorang yang tidak cukup oksigen.

Untuk anda di luar sana, pastikan teknik yang dilakukan betul kerana sekiranya salah, ia mampu mematahkan tulang rusuk. Jadi,  kami kongsikan cara CPR yang betul untuk anda praktikkan.

Baca juga: Nampak Macam Biasa Badan Sejuk Tapi Berpeluh, Rupanya Bahaya, Ini Puncanya!

INI CARA CPR YANG BETUL, JANGAN SALAH LANGKAH! BAHAYA

cara CPR yang betul

Bila buat CPR, ingatlah kata kunci: D-R-C-A-B

D-Danger (Merbahaya)

Pastikan persekitaran adalah selamat dan tidak mendatangkan bahaya kepada mangsa.

R-Response (Tindak balas), Rescue (Penyelamatan)  

– Periksa tindak balas daripada mangsa, tepuk bahu & tanya “Adakah anda OK?”.

– Kalau tak ada tindak balas, dapatkan bantuan seseorang untuk menghubungi 999 dan dapatkan Automated External Defibrillators (AED).

– Periksa nadi pada arteri karotid (leher) sekurang-kurangnya 5 saat (tak melebihi 10 saat).

– Kalau tak ada nadi yang dapat dikesan, lakukan CPR dengan segera.

C-Chest Compressions (Tekanan dada) 

– Pastikan mangsa berbaring atas permukaan yang rata.

– Kedudukan anda adalah di sebelah mangsa (antara leher dan bahu).

– Letakkan telapak tangan (satu tangan) anda di atas bahagian tengah dada dan letak lagi satu tangan atas tangan pertama.

– Pastikan lengan sentiasa lurus semasa melakukan tekanan dada.

– Lakukan tekanan dada dengan kuat, sekurang-kurangnya 5 cm (2 inci) dan tak melebihi 6 cm (2.4 inci).

– Kadar tekanan adalah 100 hingga 120 setiap minit

A-Airway (Saluran udara)

– Untuk memudahkan aliran saluran udara mangsa, donggakkan kepala dan angkat dagunya secara perlahan-lahan (Head Tilt – Chin Lift).

– Tujahkan rahang apabila berlaku kecederaan kepala atau leher.

cara CPR yang betul

B-Breathing (Pernafasan)

– Pernafasan bantuan biasanya dilakukan dari mulut ke mulut (Untuk keselamatan, hanya lakukan pernafasan mulut ke mulut apabila topeng muka surgikal boleh didapati).

– Kalau mulut mangsa cedera/tak dapat dibuka, buat pernafasan mulut ke hidung.

– Picitkan hidung mangsa apabila memberi hembusan nafas dari mulut ke mulut.

– Berikan hembusan nafas pertama dan perhatikan kenaikan dada. Kalau dada naik, berikan hembusan nafas yang kedua.

– Kalau dada tak naik pertama kali, lakukan Head Tilt – Chin Lift lagi sebelum memberi hembusan nafas yang kedua.

– Satu kitaran CPR yang lengkap meliputi 30 tekanan dada dan 2 hembusan nafas.

Buat 5 kitaran sebelum periksa nadi mangsa. Kalau masih tak ada nadi yang dikesan, buat lagi 5 kitaran CPR sampai nadi pulih atau ambulans sampai.

– Kalau nadi pulih tetapi tak ada pernafasan, buat pernafasan bantuan sahaja dengan 1 hembusan nafas setiap 5 saat (12 hembusan nafas dlm 1 minit).

– Kalau dapat AED, pasangkan alat tersebut dan ikuti arahan yang diberi. Jika AED tak ada, buat CPR lagi sehingga ambulans tiba.

Garis panduan CPR untuk bayi (umur kurang daripada 1 tahun) dan kanak-kanak (umur 1 tahun hingga akil baligh) adalah lebih kurang sama dengan garis panduan untuk orang dewasa.

Jadual di bawah menunjukkan persamaan dan perbezaan CPR untuk orang dewasa, bayi, dan kanak-kanak.

cara CPR yang betul

Semoga bermanfaat!

Sumber: Twitter My Heartassoc

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×