Asuh

Mak Ayah Kena Belajar 4 Langkah Mudah Ini Untuk Selamatkan Anak Jika Tercekik, Penting!

3
SHARES
tercekik

Sebagai ibu bapa, sudah pasti kita pernah mengalami situasi anak tercekik makanan bukan? Sama ada teruk ataupun tidak, tercekik makanan atau barang mainan ini tidak boleh dipandang enteng kerana boleh menjurus kepada sesuatu yang lebih bahaya. Jadi, untuk mengelakkan situasi tercekik ini berubah menjadi teruk, ibu bapa perlu tahu langkah keselamatan untuk menyelamatkan anak.

Hanya 4 langkah mudah, teknik keselamatan ini boleh dipraktikkan oleh ibu bapa supaya sentiasa bersiap sedia sekiranya berlaku sebarang insiden tercekik dalam kalangan kanak-kanak.

Baca juga: Elak Kes Anak Hilang Makin Menjadi-Jadi, Mak Ayah Kena Standby Alat-Alat Ini Untuk ‘Jejak’!

4 LANGKAH MUDAH UNTUK SELAMATKAN JIKA ANAK TERCEKIK

tercekik

#Langkah 1 : Tindakan awal ketika masih sedar

Bagi bayi di bawah umur 1 tahun,

1. Tiarapkan bayi di atas lengan dengan kepala bayi menghala kebawah.
2. Tepuk sebanyak 5 kali di belakang dada bayi.
3. Terlentangkan bayi serta keluarkan benda asing jika kelihatan.
4. Sekiranya bayi masih tercekik, letakkan 2 jari di bahagian tengah-tengah dada dan lakukan 5 kali tekanan.

Kanak-kanak 1 hingga 8 tahun,

1. Pastikan kanak-kanak yang tercekik boleh bercakap atau batuk.
2. Arahkan mangsa batuk sekiranya berupaya sehingga benda asing keluar.
3. Sekiranya gagal, lakukan 5 tepukan antara tulang belikat mangsa dengan kedudukan kepala lebih rendah.
4. Sekiranya gagal, lakukan Heimlich Manouvre (tekanan di bawah diafragma) sehingga benda asing terkeluar.
5. Keluarkan benda asing sekiranya kelihatan.

#Langkah 2 – Jangan Keluarkan Objek

Jika anak-anda tersedak atau tercekik, tetapi masih boleh bernafas dan bercakap, ini bermakna laluan pernafasan masih ada. Ketika ini jangan cuba mengeluarkan objek atau makanan yang tersekat kerana ia mungkin akan menolaknya lebih dalam lagi.

#Langkah 3 – Lakukan CPR

Jika anak anda sudah tidak boleh bernafas dan tak sedar,

1. Buka saluran pernafasan bayi dengan mendongakkan kepala dan angkat dagu bayi.
2. Periksa mulut bayi sekiranya terdapat bendasing.
3. Keluarkan bendasing dengan menggunakan jari sekiranya kelihatan.
4. Sekiranya bayi tidak bernafas setelah bendasing dikeluarkan berikan bantuan pernafasan.
5. Perhatikan pengembangan dada/ dan nilai pernafasan bayi.
6. Jika tiada, lakukan CPR.

#Langkah 4 -Minta Bantuan Kecemasan

Segera meminta bantuan kecemasan,hubungi 999. Pastikan anda menyimpan nombor kecemasan seperti nombor hospital terdekat atau ahli keluarga dan jiran yang dirasakan mampu membantu anda.

tercekik

*Siapa lagi nak jaga anak kita kalau bukan diri kita sendiri?

Baca juga: Untuk Rawat Masalah Deria Anak, Boleh Buat Mereka Tenang…

Sumber: Dr. Ahmad Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×