Asuh

Terkejut & Panik Tengok Anak Sawan Tarik, Bertenang Ibu, Ini Cara Tangani Di Rumah!

53
SHARES
cara menangani anak sawan

Sawan ketika bayi kebiasaan terjadi akibat demam. Diagnosa sawan demam hanya boleh dibuat selepas doktor mendapati tidak ada punca-punca lain yang menyebabkan sawan selain daripada suhu badan tinggi yang biasanya melebihi 38ºC.

Sebagai ibu bapa perasaan panik dan cemas tatkala anak tersayang diserang sawan pasti akan berlaku terutama jika si ibu dan ayah tidak mempunyai pengalaman dan pertama kali berlaku. Jadi, seorang doktor di laman sosial mengupas dengan lebih lanjut bagaimana cara menangani anak sawan dan punca berlakunya sawan selain demam.

Baca juga: Pakar Kongsi 3 Sebab Kenapa Anak Susah Faham Apa Yang Mereka Belajar

CARA MENANGANI ANAK SAWAN DI RUMAH

CARA MENANGANI ANAK SAWAN

Sawan terjadi akibat elektrik dalam otak terganggu. Kanak-kanak biasa diserang sawan akibat demam namun terdapat juga punca lain seperti:

Jika mengikut semua peringkat umur, sawan berpunca daripada:

Walau bagaimanapun, ada juga sawan yang tiada penyebab dan kondisi kesihatan normal ia dipanggil Idiaopathic Seizures. Sekiranya anak sawan, apa yang parents perlu buat sebagai rawatan awal:

1. JANGAN PANIK & TENGOK MASA

Apa yang penting, parents jangan panik. Kena tenangkan diri dulu dan check waktu pukul berapa. Penting untuk ibu bapa tahun tempoh sawan anak.

CARA MENANGANI ANAK SAWAN

2. JAUHKAN ANAK DARI BENDA BERBAHAYA & MENGIRINGKAN KE KIRI

Pastikan persekitaran anak selamat daripada benda-benda berbahaya. Kemudian, mengiringkan anak ke kiri atau kanan. Hal ini kerana untuk mengelakkan air liur muntah masuk ke paru-paru.

3. PERHATIKAN APA-APA YANG TIDAK NORMAL

Fokus pada anak dan perhatikan apa yang tak normal seperti:

  • Bola mata ke atas
  • Air liuh meleleh
  • Gerakan badan, kaki & tangan
  • Terkencing & terberak

Jangan cuba paksa hentikan sawan anak kerana kemungkinan akan mencederakan si anak.

4. JANGAN MASUKKAN BENDA KERAS KE DALAM MULUT

Kalau anak tergigit lidah, biarkan. Jangan masukkan sudu atau benda keras dalam mulut kerana akan menyebabkan luka atau gigi patah dan mungkin anak akan tertelan atau tercekik.

CARA MENANGANI ANAK SAWAN

5. JIKA SAWAN DISEBABKAN DEMAM

Kalau sawan disebabkan demam:

Ini adalah rawatan awal dan perlu ke hospital jika sawan lebih daripada lima minit, pertama kali sawan dan lebih daripada sekali dalam tempoh 24jam

Sumber: TikTok DrChampz & My Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×