Asuh

Muntah & Jalan Senget, Ibu Kongsi Detik Cemas Anak Alami ‘Mild Stroke’ Gara-Gara Gajet

54
SHARES

Sudah pasti ramai dalam kalangan ibu bapa yang menggunakan telefon pintar atau gajet yang hampir sama sebagai alat untuk melekakan anak-anak bukan? Boleh untuk menggunakan gajet tetapi penting untuk anda tahu bahawa terdapat had masa dalam penggunaan alatan ini bagi menjaga kesihatan anak-anak.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu di laman Facebook ini dimana anaknya mengalami gejala seperti sawan secara tiba-tiba. Apa yang mengejutkan adalah, situasi yang dianggap sawan ini sebenarnya adalah mild stroke yang seringkali berlaku kepada orang dewasa dan bukannya kepada kana-kanak berumur 2 tahun!

GARA-GARA GAJET, ANAK ALAMI MILD STROKE…

Bismillah dengan izin ALLAH segalanya terjadi. Ieka terima banyak sangat DM (dari IG) , messenger , whatsapp ,and call yang nak tahu perkembangan wildan. Syukur Alhamdulillah ieka dikelilingi sahabat-sahabat yang sangat baik dan sangat prihatin, sama juga kawan-kawan di dalam ni , banyak yang mendoakan , semoga DOA kalian ALLAH angkat. AMIN.

Ada yang minta ieka story macam mana benda ni boleh terjadi , family pun terkejut bila dengar benda ni , apatah lagi ieka ni sendiri , benda jadi depan mata ieka sendiri , selamatlah masa Tu belum tido lagi , sebab buat stock coklat untuk agent2 dan customer , benda ni jadi terlalu pantas sampai ieka sendiri jadi menggigil bila ieka pegang wildan.

Pukul 4 pagi, Wildan belum tido (sebab dia dah tido petang, jadi susah nak tido malam Tu) , masa Tu ieka cakap, pi tido adik , pukul berapa nak tido,nak tunggu mama jadi singa ke (memang ayat nei kene guna biar anak dengar) . Sebelum dia tido dia ade makan kek yang ieka beli , then ieka cakap , makan cepat-cepat , minum air , basuh mulut terus tido okay ?. Dia balas , otey (okay) mama , then dia terus tido.  Ieka memang tengah ajar wildan tido bilik berasingan dengan ieka, jadi ieka suruh dia tido bilik sebelah dengan abang adam,dia pun tido macam biasa.

Pukul 6.50-7.00 pagi macam tu , ieka dalam bilik , ieka tutup pintu bilik sebab tengah handle Clarissa ,dia pagi-pagi akan bangun mintak susu , jadi bila ieka bukak ja pintu bilik , tengok-tengok Wildan depan pintu bilik tengah baring. Bila ieka bukak tu , dia cepat-cepat duduk sebab terkejut ieka bukak pintu (kan mak dia ni singa, takut kena marah sebab keluar dari bilik sebelah) so ieka pun cakap , adik kenapa tido depan ni , mai tido dengan mama kat bilik.

ANAK MUNTAH-MUNTAH, JALAN SENGET KE KIRI

Ieka kesian dekat dia, sebab dia tido akan cari ieka, bila ieka angkat jaa dia baring sebelah clarissa , ieka nampak mulut dia macam hisap sesuatu , ieka cakap laa , adik nak muntah ke ? Kalau nak muntah jangan muntah atas katil , jom pi toilet. Dia pun bangun terus pi toilet dengan ieka, bila dia baru nak duduk jaa kat toilet , dia terus jatuh sebelah kiri , tapi kene kepala sikit. Kali kedua nak jatuh , ieka terus tangkap dia , pastu ieka cakap , adik kalau taknak muntah , takpa jom tido.Tau dia keluar dari toilet jaa , dia jalan bukan lagi tegak , tapi dia jalan mengiring kekiri and ieka terus jerit , dady tengok anak ni dy. Iwan tengok ja , apa lagi , Ieka angkat pegi depan , bila dalam 2 minit macam tu , panggil-panggil dia takde respon langsung. Panggil nama dia , dia tengok ieka , tapi dia tak cakap , dan mulut dia mula bergerak sendiri kekiri. Masa ni kepala ni taktau nak buat apa , terus sarung apa yang patut nampak depan mata ni, pastu iwan start enjin terus gerak ,takde erti nak panas kan enjin daa masa tu. Iwan bawak memang laju gila , tapi ieka sedih time tu , kami bawak laju , pasang double signal , tetap orang tak bagi jalan. Ada 1 kereta ni ieka sampai bukak tinggkap and jerit dari luar kereta “Tolong ketepi, anak saya ni , tolong lah”. Masa ni memang takde erti malu da ,yang penting anak aku selamat sampai kat hospital , itu lebih penting. Sampai jaa hospital, masuk kat emergency , orang cakap mask jangan lupa , saring kat depan suhu jangan lupa.

Bab ni korang jangan tanya laa , terus masuk emergency and masuk zone merah , masa ni ieka dah menggigil dah. Panggil wildan makin hilang respon and dia terus tutup mata. Hati mak mana tak sedih bila doktor pakar lebih dari 10 orang kat situ ada , and depa kelam kabut sorang sambut ubat sana , sorang sambut ubat sini , sorang tanya soalan macam-macam, hanya untuk selamatkan nyawa anak aku ja. Sumpah masa ni cuma mintak Wildan respon ja, wildan makin tak respon sampai lah masa dekat bilik CT SCAN. Masa ni kami kena sign borang apa benda nama dia entah , borang ni untuk check lebih details dalam otak dia , sebab dia takde demam apa pun , doktor ingat dia sawan. Bila check and bila dah admit ward semua , salah satu jawapan doktor yang bagi ieka , ieka dah aware benda ni , tapi kenapa jadi juga. Kita cuma merancang kan , ALLAH penentu , kalau ALLAH Kata jadi , jadi lah ia.

GELOMBANG OTAK TERLAMPAU AKTIF, RUPA-RUPANYA MILD STROKE

Yang jadi pada wildan gelombang otak dia bergerak terlalu aktif , doktor tanya soalan , ada bagi phone ? Tv tengok berapa jauh ? Berapa kerap TV dia tengok ? Soalan ni bagi hati seorang mak luluh sangat , (GAGALNYA AKU SEBAGAI MAK). Ieka jawab semua dengan akur, apa yang penting Wildan selamat ja , masa doktor bagitahu benda ni , Wildan belum sedar lagi, menangis semahunya (mama tahu Wildan dengar kan mama nak wildan sedar) itu ja ayat yang keluar.

Sepanjang dia dalam ward , segala handphone apa semua , memang takde bagi , itu WARNING pada doktor. Sepanjang dalam ward juga , perkembangan wildan makin baik , dia makin aktif , dia banyak cakap , cuma 1 ja , ayat dia “ mama nak ni, iesssh (please) “. Dia nak handphone juga, mama mintak maaf sayang , mama takkan bagi apa pun jadi , ini untuk kebaikan anak mama juga , so jawapan disini , wildan bukan kena sawan pun , ALLAH sedihnya nak tulis dia kene apa. Dia kena MILD STROKE yang bukan budak 2 tahun patut kena , tapi ALLAH bagi UJIAN ni pada Wildan supaya mama and papa akan lebih alert lepas ni. Ini story yang jadi pada ieka, its up to u mama papa kat luar sana , apa yang dah jadi pada wildan bagi TAMPARAN HEBAT pada  ieka harap dengan perkongsian ni , takde parents yang terasa hati ya , yang baik datangnya pada DIA , yang buruk datangnya pada diri ieka.

Sumber: Nor Syafiqqah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×