Kini Trending

Risiko Tercekik Pada Kanak-Kanak, KKM Pantau Jualan Produk Konjak Jeli

6
SHARES

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa pihaknya memantau produk konjak jeli yang dijual di pasaran luar kerana difahamkan berisiko kepada kanak-kanak.

Menerusi kenyataan rasmi KKM di laman Facebook, isu ini telah menjadi perhatian sejak tahun 2001 apabila terdapat laporan
penjualan konjak jeli yang mempunyai risiko tercekik pada kanak-kanak.

Baca juga: Elak Beli Baby Nenas Ada Pemanis Tiruan, Lagi Tinggi Daripada Gula

RISIKO TERCEKIK PADA KANAK-KANAK, KKM PANTAU JUALAN KONJAK JELI

Produk konjak jeli dibuat kerana mempunyai tekstur yang kenyal, sukar larut ketika di dalam mulut dan sukar untuk ditelan berbanding produk jeli yang lain.

Kawalan ke atas produk berkenaan dibuat dengan menetapkan saiz dan juga amaran pada label produk supaya orang awam peka dengan risiko tersebut.

Berdasarkan data pemantauan dari tahun 2018 hingga kini, sebanyak 649 produk jeli telah disampel dan 352 daripadanya adalah produk konjak jeli. Enam sampel produk jeli turut dikesan tidak mematuhi peraturan makanan 139A dan dikenakan tindak penarikan balik produk (recall) oleh KKM.

konjak jeli

Ibu bapa diingatkan untuk sentiasa memantau pengambilan produk konjak jeli oleh anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tidak dingini daripada berlaku.

Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×