Asuh

Pakar Kongsi 3 Sebab Kenapa Anak Susah Faham Apa Yang Mereka Belajar

71
SHARES

Tiada ibu bapa di dunia ini yang mahukan anaknya berada dalam kegagalan. Pelbagai jalan dan usaha yang akan dilakukan oleh mereka demi memastikan anak-anak sentiasa berada di jalan yang betul. Sabar merupakan kunci utama dalam memastikan anak-anak sentiasa faham apa yang mereka belajar.

Hukuman atau denda bukanlah jalan penyelesaian yang mampu membantu anak-anak untuk cepat faham ketika belajar. Justeru itu, ikuti perkongsian Wawa Shauqi ini yang menceritakan sebab-sebab anak susah nak faham apa yang mereka pelajari.

Baca juga: 6 Tips Mudah Menyuruh Anak Tanpa Perlu Jerit & Marah-Marah, Menjadi!

PAKAR KONGSI 3 SEBAB KENAPA ANAK SUSAH FAHAM APA YANG MEREKA BELAJAR

Ajar anak tak faham-faham. Kita selalu expect ajar sekali dua, anak terus faham. Ini kehendak ibu bapa yang tak logik dan paling kerap berlaku. Kesian anak, sampai tertunduk-tunduk tahan jebik kena marah dengan kita. Sebab dia tak faham-faham belajar.

Kenali 3 sebab kenapa anak tak faham-faham bila belajar:

1.  LEVEL PEMBELAJARAN SUSAH

Boleh jadi salah kita. Sebab terajar yang advance dulu. Sedangkan basic pun anak tak settle lagi. Kalau ini yang terjadi, kita perlu berundur ke pembelajaran yang lebih asas. Sampai anak faham.

2. KEMAHIRAN ANAK TAK CUKUP

Mungkin ada komponen kemahiran yang anak tak cukup. Mungkin memori dia masih perlu dilatih. Mungkin fokus mereka masih perlu dipertajam. Mungkin kemahiran visual dia masih perlu dipertingkat. Kerana itu kita perlu rangka pelbagai aktiviti untuk anak. Untuk sediakan kemahiran yang mereka perlukan untuk belajar.

3. CARA KITA MENGAJAR, TAK KENA DENGAN ‘LEARNING CHANNEL’ ANAK

Anak-anak tak suka kalau kita paksa mereka. Jadi, kena tahu apa yang anak suka dan cuba ikut apa yang anak mahukan supaya anak tidak rasa terpaksa ketika belajar.

ANAK-ANAK YANG MANA SATU?

Kenali tiga ciri anak-anak dan lakukan pembelajaran yang sesuai dengan anak.

CIRI-CIRI AUDITORY LEARNER

CIRI-CIRI VISUAL LEARNER

CIRI-CIRI KINESTHETIC LEARNER

Jadi, ibu bapa juga haruslah faham apa yang anak mahu belajar. Bukan salah anak jika mereka susah atau lambat nak faham dalam pembelajaran.

Sumber: Facebook Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×